Monday, June 28, 2010

Pieces of me..

For this time, I want to write about myself. Coz the previous entries a all about my obsession. (err..pda. the previous one is about u.kokdiang. really?never mind. Hahah)

So I have listed everything about myself sbb (1)I nk feeling syok sendiri skit (2) sbb ni blog aku kan (3) memeriahkan blog yg cam nan hado ni (4) Ada Aku Kisah. Fakta2 ini adalah fakta2 mengenai diri aku yg orang len x perasan atau tidak tahu jadi aku ingin bagitau kerana sebab2 di atas.if anyone thinks they know anything about me and even me didnt know about it,kindly msg me..eh tulis je la..hiiiii

mukadimahnya : deszda pda is a type of person who :

-x suka bercakap di telefon. Lebih suka msg or face 2 face.
-have a tendency to not finish my meals…don’t know y
-Tak boleh tidur di dalam kenderaan yang bergerak. Xcept bas balik kampung
-Slow in sports.ahaks!
-X suka makan nasi campur.dont y. lately, nasi pun aku x brapa gemar dah, even nasi goreng
-Sangat suka makanan berkuah ; sup/tomyam. Pedas dan panas!


- a indoor person
-Make a decision? Wake up at the morning and which option that I think first will be the right decision 4 me
-Cannot leave house without my pendrive,and MP3
-Barang kesayangan ? of course my Fumi
-Tidur dengan menutup mukanya dengan bantal or barang lain hatta beg sekali pun. Tak de bantal kt kepala x pa,janji muka ada
-X suka tidur pakai suar.rimas
-X suka bau sos thai! Kalau basah pinggan dan terbau, trus rasa nk marah
-x kisah menunggu org lambat tp hangin kalau lambat yang disengajakan. Ex : mekap lama2,pilih baju lama2
-tahan dengan sejuk semulajadi tapi surrender dgn aircond!
- like to make a decision based on my intuition.
-Love arashi (ok…yg ni patutnya x leh masuk dlm senarai dah)
-When I’m tired, u can see it, when I’m moody, u can see it, when I’m sad..u didn’t see it. Muka aku macam graffiti dinding yg org slalu usha kat KLCC tu dan bila grafiti tu tercalar skit, trus smua orang lari

Tuesday, June 15, 2010

Updating...

It’s been a while since I last update this blog…bukan busy cuma tak ada apa yang hendak ditaip dan diceritakan..tapi bila melihat kosongnya blog ini dengan entry yang dah berminggu-minggu lalu, aku jadi marah,rasa nak langgar je..( eh..cam iklan kereta tu..huaha)

So entry ini hanya akan mengupdate perkembangan terbaru haku di samping royanan dan kegilaan aku yang masih tidak hilang itew.

FIZIKAL– hitam dan berbelang hasil dari penjemuran selama seminggu di Kodiang. kaki dan tangan menjadi gatal dan berbintik hasil dari unknown spesis yang mungkin hinggap di anggota badan....dehh

KEWANGAN – makin susut kerana tidak mempunyai pekerjaan...hahaha

FARISH – makin aktif dan buas. Kegilaan dan minat terhadap benda2 berteknologi semakin melampaui batasan budak berumur kurang dari setahun (hahaha).baru seminggu pertapaan di kokdiang, Farish dah boleh duduk! dan hari2 pertama tu, dia jual mahal kat aku. sedih tul sampai berapa kali aku merajuk ngan dia..haha.tapi apa dia peduli. Farish tetap farish! sekejab ja lepas tu, dia dah kembali tersengih2 sambil masuk ke dalam bilik aku. menjadi pengunjung setia sampai mama dia jerit, kedai maksu dah tutup! haha..sengih dia tu seperti penyegar bila kali pertama aku jejak kali kembali ke rumah dan melihat dia yang sedang ceria..huhu.. farish !nanti maksu beli blackberry kt Farish yee..err...recon nye laa..

cute.., isn't he?

KEINGINAN – pergi ke pantai, genting, Bukit Tinggi, karaoke,

UPDATE Lain2 – telefon wa dah dua hari tak berdering. Ada pun malam2 ja.

Semalam layan Yankee Kun to Megane Chan. Excited nk tgk cite ni sbb dah lama tak tgk My Love Nari jadi lead tuk drama. Irritated with the lead heroine. Mcm biasa..macam pernah ku lihat pempuan ini tapi di mana yaa..hasil google ..yeeeahh…Kami No Shizuku..patutlah rasa cam nak hentak pala tgk dia kat skrin. ..tp dia kira beruntung sbb walaupun wajahnya ditakdirkan untuk aku menyampah tahap nak sepak dia ke dalam gaung bukit Langat ni, aku akan menontonnya juga kerana Narimiya. Begitu juga dengan apa yang terjadi dengan drama bersama Kame itew. Girl, why ur character are always like that? Do u once think about the effect that can harm us, ur audience…coz we don’t want to see u…!!! we’re watching these drama coz of the story, the actor and sometimes b’coz of the actress. But this is not u we’re talking about. So..please. save my makian and carutan for ur next drama.

this is the ***** that i'm talking about..(kenapa aku letak muka dia lam blog?OMG..!!)

Ok..back to the story…disebabkan aku baru sangat habis melayan cite MBMH dan terus sambung tgk cite ini..feelnya tidak sampai pada aku. ( habis tgk MBMH pukul 10. Sambung tgk cite ni kul 10.10.). hasil dari pengamatan, cite ni akan jadi macam cite sekolah yang besa2..dengan heroine yang annoying dan aksi2 yankee...dan sepanjang cite ni berjalan dengan durasinya 1 jam itu, aku tertanya-tanya, why didn’t they cast Eikura Nana? (she already have a drama for this season, PDA! ) oo..really? so..why not someone else..okay..at least someone cuter than this girl!..huhu.. once again..i will watch it for Narimiya.

Wednesday, May 19, 2010

Love is for everyone….



Love is for everyone….

Love is for someone who deserves it

Love also can be give to the one that are chosen.

Sometimes love is not to be taken

And love can be cruel


We must love God, our country and parents.

My love is for my faith.

My love is for my family

My love is for my Fumi- Chan

My love is for my porshe

My love is for my trustworthy friends

My love is for my arashi

My love is for someone who will accompany me. Maybe he is the one who always in my dream or just some guy that always hang around and an acquaintance of me or a totally stranger .

Pray for my love..aminn...

Friday, May 7, 2010

ASMARA yang mengkeDANA

WTH with tajuk kt atas?..haha

Asmaradana adalah cerita cinta bersegi-segi di antara Amran – Azizah, Azizah - Amran - Fariz, Mimi -Amran, fariz - Azizah dan lain-lain. Cinta ayah-ayah diorang tak payah tulis la sebab lagi bertambah complicated..hehe. masih mengekalkan konsep perbezaan darjat. Tetapi perbezaan darjat ini berbeza kerana ia memberi mesej bahawa semuanya terletak pada kekuasan Allah SWT. Pasangan kekasih itu tidak bersalah. Mereka tidak buat apa-apa melainkan menyintai satu sama lain. Tetapi keadaan yang menyebabkan mereka terpisah. Keadaan yang telah dirancang oleh penulisnya..hehe.. dan oh, cerita yang banyak sekali scene mati dan kalau boleh semua watak akan meninggalkan set drama.episod-episod akhir lagi bertambah dramatik kerana produser semak melihat ramai pelakon di set..haha <--ramalan semata-mata..

Garapan ceritanya buat aku kesian pada Amran. Dia berubah menjadi jahat kerana cintanya pada Azizah. Dan Azizah juga tidak boleh disalahkan kerana Amran yang melepaskannya dan scene ketika Azizah merayu membawanya bersama itu adalah sebenarnya titik tolak penyudah kepada hubungan mereka. Tiada jodoh. Amran berfikir dengan waras apabila tidak mahu membawa Azizah bersama. ia kerana tidak mahu dia diapa-apakan. Pengalaman melihat ayah dan ibunya meninggal sudah cukup menakutkan dia untuk kehilangan Azizah atas sebab yang sama. Tetapi apabila Amran memutuskan mahu membawa Azizah bersama..aku tak boleh tahannnnn………kerana ia sudah terlambat..
don't cry Amran..be strong

Segala yang terjadi di dalam drama ini bersebab. Amran membawa diri bersebab. Azizah memulakan hidup baru kerana Amran yang meninggalkannya dan sebab itu sudah cukup untuk dia menerima cinta suaminya. Ibu Tengku Saiful tidak menerima emaknya juga bersebab. Anaknya juga agak kurang hajar sebenarnya dan ia juga bersebab..haha.. watak Norish Karman adalah favourite aku..hehe.. kejam dan jahat tetapi kelakar sebab andaian-andaian yang dibuatnya kelihatan begitu spontan dan bersahaja…sayang cacat pulak last2..huhu


Watak Fariz disukai dan disanjung ramai kerana kebaikannya. Tapi bagi aku, aku tak boleh menerima wataknya kerana ia seperti kurang unsur realistik. Masih ada ke orang yang tidur pakai baju melayu( ada pda…!! Ooo..ada ke?) suami yang baik tetapi mujurlah wataknya diselamatkan apabila ada unsur-unsur jealous dan curiga di dalam dirinya. Masih human sebenarnya Fariz ini…Tapi aku masih tidak menggemari wataknya..hahaha (bias okay..)

Entry ini ditulis lebih kurang sejam sebelum ending iaitu pada pukul 9.15 malam. Aku tak tau apa kesudahannya. Aku cuma boleh berimaginasi mungkin Amran mahu membunuh Azizah kerana mereka tidak boleh bersama, dan mungkin juga Azizah dengan terang- terang mengatakan tidak boleh menerima Amran kembali( sambil memangku Fariz yang dah terkulai mati..hek2)atau mungkin Amran berjalan ke tengah jalan selepas mendengar luahan hati Azizah yang sanggup mati untuk Fariz dan mahu membunuh diri….cahaya menerangi wajah Amran dan, kebabom..!! berserta jeritan Azizah memanggil Amran. ..
Walau apa pun endingnya, Aku mengharapkan ending yang best kerana cerita ini merupakan cerita yang dapat buat aku hooked after Kekasihku seru.

Edit selepas jam 11 malam : terlampau rushing..predictable but worthy. Boleh dimaafkan kerana nampak sangat production nak habiskan dalam masa yang telah ditetapkan.

Tuesday, May 4, 2010

5 X 10 memory

1. If ‘thank you’ is a person, they will really proud coz arashi mention them about zillion times.

2. Maybe sho imagine/halusinasi that I was at upper floor. Coz he really care about them..i mean a lot during concert..notakaki : diari fangirl chapter 1.1 n i think i should change my surname to Tokyo coz he love to said it..hihi.. notakaki : diari fangirl chapter 1.2

3. Sho is very 'panas'! And his performance was the 1st performance that I didn’t bother to look at subtitles at all ( I have a habit to read whatever the subtitles or words appear on screen. maybe too much watching drama and series?)…


chumelllll…… notakaki : diari fangirl chapter 2

4. Jun love kokuritsu too much..until I got sick of his yell, kokuritsuuuu!!’ – oh…maybe their script was like that..ohh they have a script? jun’s part was only kokuritsu? Haha..

5. Love aiba’s solo performance..catchy and full of energy.

6. This concert is simple than the previous one. Maybe becoz of this time, the objective was to express their gratitude to fans.

7. Where is we can make it? They didn’t sang it right? Or maybe I forgot coz half of the show, I’m completely out of mind because of sho’s fault! notakaki : diary fangirl chapter 3

8. Why the moving stage only moved at the end of the concert?

9. I thought aiba forgot about his costume again. But no one mention it during the MC. So he is clear!haha


10. Jun was late!haha…and we can see Sho looking for Jun. .sho baby.. you seem didn’t do very well in hiding your expression, do you? notakaki : diari fangirl chapter 4


11. And then our prince/diva cum MJ come out like nothing happen…haha..look sho, you just have to learn from our drag queen…err I mean our king. notakaki : diari fangirl chapter 5


12. Nino! Your sissy hand! Someone please bind him with bandage or whatever that you got there. I rather watch his hand like that than like mak hayam shopping kat supermarket.

13. When Ohno come out during his solo, I scream because I totally forgot that he sung that song. but I love his take me faraway more…

14. I will take back my ranking for the best dancer in arashi. Early I place sho/jun in the same position but after watch his solo, I immediately change my mind..thank you jun for made my 4th place didn’t empty anymore! notakaki : diari fangirl chapter 6


what do you think? jazz or gayah performance?? errr....

15. Nino’s speech was long ekk. Probably his idea turun mencurah-curah

16. Love to watch Nino take care of his member when they take turn sliding at the stage.


17. Tomodonaigara will be my favourite song after this..huhu




Thursday, April 15, 2010

A.N.S

Aku Nak Sambungannnyaaaa....!!!







nota kaki : Pda..cukup-cukuplah meroyann...

Friday, April 9, 2010

A walk that u have to remember

A walk to remember adalah sebuah filem mengenai seorang wanita yang menghidap leukemia dan bercinta dengan rakan sekolahnya yang merupakan rakan sejak kecil. Ia adalah adaptasi daripada sebuah novel hasil tulisan Nicholas Spark. BTW cite ni dah lama, novelnya pun dah lama dan aku dah baca dan tengok cite ni pun dah lama tapi apa yang membuatkan aku terasa nak menulis tentangnya hanya pada hari ini, only god knows..haha

Aku menonton filem terlebih dahulu dengan mengetahui bahawa ia adalah naskhah original daripada novel. Sebenarnya, aku suka menonton filem yang diadaptasi dari novel/manga dengan tidak membaca atau menonton versi lain/original kerana kelemahan dan kekurangannya yang memang akan terserlah. Dengan membaca novel, imaginasi dan pemikiran kita akan bebas merawang ke mana saja kita tentukan. Dengan filem, kita menerima saja apa yang dipaparkan. Jika aku membaca sesuatu novel itu, aku akan mengelak daripada menonton karya filemnya. Entah kenapa hanya minda dan hati aku yang boleh menjawapnya. Mungkin aku tak boleh menerima dua perkara yang sama tetapi berlainan jasad dan fizikal..macam bihun sup yang berkuah panas dan sejuk? I hate it! Bihun sup is supposedly been kept warm! Oohh..okay..



Di dalam filem, Landon Carter adalah seorang remaja yang mempunyai kliknya tersendiri, dan dari sejarah klik itu sendiri selalunya terdiri daripada orang-orang yang boleh buat samada kita terasa mahu join mereka atau mengelak mereka apabila terjumpa di koridor sekolah. Landon mempunyai sifat rebellious yang tinggi di dalam dirinya dan ini ditonjolkan melalui hubungannya dengan ayahnya,layanan yang over terhadap Jamie. Ini menimbulkan sedikit kekecewaaan dan kecelaruan apabila melihat ke dalam novel bahawa watak Landon tidak sama seperti apa yang diterjemahkan ke layar perak..

Landon di dalam novel menjadi istimewa kerana dia adalah seorang budak biasa yang meniti hari-harinya. He didn’t standing out much at school and he’s okay with it.aktiviti malamnya pula hanya sekadar makan kacang di tanah perkuburan .(agak comel sebenarnya aktiviti ini..hehe).and he is nice and sweet in his way.selalu memujuk dirinya,’ I’m doing the right things!’

Jamie Sullivan was a rare character, in novel, she is very special. With her bible that always been carried along, and her kindness toward the others. with her “all in a god’s plan” can make her character seem really unique. But in film, Jamie turns into someone else. she didn’t carry her bible, and she even speak back to people who made joke over her. Actually, One of the charming side of Jamie is she always been nice to people even though that people throw mustard at her clothes.

Kalau bercerita tentang play yang dilakonkan pula, the play di dalam novel mengisahkan tentang hidup Jamie dan ayahnya dan impak play ini adalah bagaimana angel itu wujud di dalam diri Jamie yang disedari oleh Landon sendiri. Muvi pula, menampakkan seolah-olah Mandy Moore nak menggoda plak..hisshhh..

Apa yang paling tersentuh selain daripada membaca peringkat demi peringkat bagaimana Landon akhirnya menyedari bahawa dia jatuh cinta kepada Jamie berbanding dengan selepas pementasan, terus jatuh cinta?(atau lebih tepat lagi, selepas “terkiss”..)

Dan apa yang paling membezakan novel dan filem adalah Landon mendapat petunjuk bagaimana dia dapat menolong Jamie akhirnya. Di dalam filem, scene ini tidak ditunjukkan. Dan sewaktu perkahwinan, ia amat berbeza apabila Jamie filem kelihatan amat sihat padahal sebenarnya dia berkeadaan sangat derita sehingga sepatutnya dia tidak mampu untuk berjalan ke aishle, but miracle happened. And that it what we called. “ A Walk to Remember”



Kecewa? Aku x boleh gambarkan perasaan aku dengan perkataan kecewa kerana aku menonton filem dahulu dan barulah membaca novelnya. Apa yang paling tepat di sini mungkin adalah perasaan lega. Lega kerana aku tidak membuat keputusan membaca novel terlebih dahulu dan kemudian baru melihat garapan kreatif pengarah terhadap karya Nicholas Spark ini. Ini kerana jika itu yang terjadi, aku akan membenci karya filem ini.