Musim af dah pun tamat..jadi aku nak cerita sikit pasal sejarah af dengan diri aku.orang kata jangan percaya pada benda2 karut,jangan percaya pada nasib yang kononnya hanya kebetulan tapi aku tak pasti samada benda ni Cuma kebetulan ataupun apa. Tengok saja rumusan yang kat bawah kemudian fikirkan adakah memang betul apa yang aku fikirkan ni ..
Af1 –aku masih belajar kat ting 5. Cikgu BM aku yang setiap hari masuk ke kelas kalau x cerita pasal af tak sah. Aku tinggal kat asrama,so aku tak tau apa2 tapi perasaan nak tgk memang ada sebab tiap2 ari dok dgr org cerita dengan member2 sama. Bila aku balik rumah sebab asarama kekurangan air,aku sempat tengok tapi dah konsert 8..too late
Af2- seawal audition lgi aku memang ikut program ni. dan aku sempat tangkap fitri yang kakak aku suka sangat sebab dia pakai kimono..haha. dan mata aku terus capture kepada seorang pelajar ni yang blur waktu awal2 tirai lagi-KAER . dan apabila dengar suara dia aku bertambah suka….dan sejak tu aku jadi pengundi setia dia. Sakit ati,kecewa bila dia tak buat persembahan yang bagus sewaktu konsert7,dan gembira gila babas waktu dia melakukan magic pada konsert 8 dan dia berjaya ke final.aku puas..walapun tak dapat tempat dan hanya sekadar tempat 6 aku terima walaupun hati kecewa. Tapi makin lama,makin lama namanya makin tenggelam tapi aku still sokong dia. Tak berbelah bagi. Pelajar yang kononnya berbakat besar dan mempunyai masa depan yang cerah nampaknya makin dilupakan.
Fakulti aku mengadakan teater dan aku berkesempatan menontonnya. Berita menggembirakan, kaer juga turut ada di tempat yang sama. Sukanya aku!!tapi selepas tu,member aku membawa aku satu berita yang menyedihkan. Aku tak sangka artis yang aku puja bersikap dingin kepada peminatnya. Aku cuba x mau percaya tapi tak kan kawan aku nak bohong pulak.aku cuba letakkan diri aku kat tempat member ku tadi,mesti aku akan rasa sedih. Lepas tu aku dah makin rasa kecewa dan tawar ati ngan dia bila banyak cerita2 yang mengesahkan cerita memberku tadi dan selepas dua tahun kaer berjaya kembali ke dunia hiburan dengan album sulung dia.
Af3- di tengah2 fenomena mawi. Aku cuba mencari kalau2 ada orang yang aku minat atau tidak.emm..aku hanya minat melihat muka kiut kefli ditambah pulak di awal musim yang dah dicacatkan dengan strategi astro..tapi bila sampai pertengahan musim,aku terpegun mendengar keromantikkan suara felix(haha) waktu menyanyi lagu bersama amylea…selepas tu sedar tak sedar aku menjadi follower dia dan apa yang aku perasaan,selepas tu persembahan dia merudum sehingga konsert final dan sehingga sekarang walaupun dah ada album,dan aku membelinya, aku rasakan dia masih tak dapat berdiri di atas kaki sendiri.
Af4- aku jadi suka pada suara faizal walaupun karektor blur dan lembab dia membuat aku rasa cam nak gigit kerusi.haha.. Musim yang paling kering dan lembab dalam sejarah af dan faizal berjaya dinobatkan sebagai juara. Dan kariernya tidak seperti juara2 lain dengan album yang masih tidak nampak bayangnya malahan lagu baru pun tak ada lagi.suam2 kuku dan mungkin sejuk trus.
Af5- aku dah takut sebenarnya untuk musim af kali ni. sebab musim kali ni membukakan ati aku untuk mengundi balik selepas membaca sepotong ayat dalam sebuah blog..emm..dan peserta kegemaran aku tak berjaya ke final,aku trima hakikat bahawa rezeki ada di mana2 tapi sebenarnya walaupun aku tak mau percaya,tapi dalam ati aku sebenarnya risau takut2 kejadian seumpama di atas akan berlaku lagi.
Emm…macam serius je perkara2 kat atas ni kan?mesti ada orang akan kata.hei pda!!ni semua hiburan je lah..don’t take it too serious! Memang cuma satu benda yang remeh dan aku bukannya nak kata aku ni punca jatuh bangun mereka,Cuma aku rasa pelik…napa benda ni jadi ah?mungkin ada reason2 yang boleh difikirkan kelogikankanya dan di bawah ada aneka pilihan yang boleh dipilih dan direnungi.
- aku banyak fikir sampai benda2 yang tak berkaitan cuba dikaitkan
- tak ada benda yang nak difikirkan.buwsan. jadi cubalah buat satu cerita
- aku fanatik sangat2
- aku tak boleh terima kenyataan,jadi cuba kaitkan konon2 ada sebab karier dorang jadi macam tu.. haha
- benda ni memang betul dan aku ada instinct sebenarnya dan juga ada bencana jiwa pada orang2 yang aku minat.
Haha..apa2lah pilih mana yang berkenan. Dan aku takut kalau benda ni jadi kat dunia real aku pulak..hem..
Saturday, May 26, 2007
sejarah bersama af
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment