Sunday, May 20, 2007

YE..YE..YE..



Thanks Mila. U save our night!

foto ambik dari mstar.button kamera kat tv rosak smlm

Juara Akademi Fantasia 5!Mila!Akhirnya perempuan memecah tradisi.memang she deserved it. Walaupun aku nak Aswad menang(ada sebab nya hahaha) tapi aku taklah seButa Seni untuk tak bergembira dengan keputusan ni.bersorak gila aku kul 1 malam tadi.nasib mak aku tak kuar dari bilik..huhu

About last night?emm…mula2 sekali aku rasakan macam tengah tengok perarakan kemerdekaan..haha…lama sangat pulak benda tu.jadi boring kejab.pas2 pom2 girl plak buat persembahan aku dah rasa cam hari sukan peringkat daerah dah. Anyway persembahan finalis aku rasa mendukacitakan semalam (excpt Mila) macam takut2, tak bersedia, over pun ada..hem….ni review based on wat aku tengok dr kaca tv rumah

Phantom of The Opera
Aku suka!aku suka!lagu ni aku suka!akhirnya ada juga selepas dibatalkan. persembahan mereka bolehlah sebagai pembuka tirai. Cuma sayangnya aku rasa elemen dramtik tak berap ada sedangkan cerita ini memang penuh dengan unsure-unsur dramatic tambha2 lagi lagu ni.. Suara kedengaran tenggelam timbul macam tak berapa hafal lagu. Aku lebih suka kalau depa buat nyanyi sorang2,just ambik beberapa rangkap(yelah ada 10 tu kan).

Persembahan finalis

Cinta boneka-Heliza
Apa ke hei baju tu?dah macam alien jadoo dah. Aduhh…kesian Heliza.. Suara dia dengar tak sedap berbanding dengan dulu. tapi aku suka tengok movement dan gaya dia atas stage.

Aswad-bila mati cinta terhenti

Bapak aku kutuk tajuk lagu. Aku pun nak kutuk jugak Cuma nak tambah lagi,bila mati cinta terhenti,kubur digali,ku kn disemadi..kekeke…apa daa tajuk..persembahan? meleret dan sepanjang dia nyanyi aku sembang ngan abg aku.myb sebab ni lagu baru,perlukan masa untuk suka.tapi ada member aku minta mp3 dah..huiihh?

Candy –Dedebu cinta
Aku suka tapi Candy nampak cam tak sihat sangat dan aku setuju dengan apa yang Hattan cakap part last 2. memang pendek sangat cara Candy matikan lagu tu.

Ebi – sinar cinta
Lagu ni yang tak sedap atau Ebi yang bawa tak sedap?haha…sejujurnya aku tak suka.Ebi macam tak confident dengan lagu ni dan myb betul kurang latihan..

Mila-persis Mutiara
Aku suka!Aku Suka!memang dari awal aku dah suka lagu ni dan Mila membawakannnya dengan best! Tapi malam semalam pada aku ada sikit spoil dengan arrangmt muzik. Dgr kat diary is much2 better tapi mungkin disebabkan envrmnt stadium.

Aswad- mata hati jiwa
Untuk persembahan kedua ni, aku boleh layan. Mungkin sebab penari2 extra kat bawah yang asyik buat tangan ala line clear kot..hihihi..so cute.

Heliza- cinta di lautan lalang
Huiih,lautan lalang. nasib dia x bg costume grasshopper.haha..lagi sekali tajuk tak relevan. Aku suka lagu ni waktu dengar kat diary tapi bila di konsert,aduhh….Heliza mungkin nervous dan mencacatkan lagu ni. tapi takper,wait 4 da recording. Cuma aku wonder soalan aznil ttg ciri2 lelaki idaman, sepet?huhu..

Candy-Demam
Aku enjoy tengok persembahan dia. Nampak kesungguhan dan effort Candy tapi lagu ni macam tak kena dengan suara dia plak

Ebi-Farhana (Puteri bumi kenyalang)
Err…over confident?over xpose?hehe…abg aku cakap yang Ebi ni tak boleh menyanyi. Aku rasakan Ebi ni boleh menyanyi Cuma sesetengah lagu yang dapat masuk dengan dia.suara?dari awal dulu lagi aku rasakan Suara Ebi ni biasa saja Cuma aku suka part dia buat high note. Dengar puas gila macam aku plak yang nyanyi.


Mila-Cinta Pura-Pura

Seperti biasa, Mila tak akan mengecewakan!memang best.Mila ni aku tengok penuh dengan attitude dan dia nampak berkeyakinan on stage.

Tribute to Aznil memang patut diadakan. Cuma pemilihan lagu kalau dibuat dengan lebih teliti lagi(mengambil lagu2 yang meninggalkan kenangan dan sejarah yang tersendiri seperti contoh mentera semerah padi-kaer,lagu bunyi gitar-vince)akan jadi lebih best. Aku pun terikut sedih bila dengar balik lagu-lagu ni.teringat af-af dulu..i’m gonna miss it!
Anyway aku memang tertunggu persembahan medley ni dari mula.. persembahan finalis cuma mengisi masa kosong..(haha terbalik ) aku suka dengan persembahan dari Diya, terpegun aku dengar suara dia. Sedap dan sayang terkeluar awal dulu. Noni pun aku suka. Dia nampak berkeyakinan. Farha pun best dan Dafi pun ok dengan pemilihan lagu yang sesuai. Shawal sedikit mengecewakan tambah2 lagi dia yang aku tunggu dari mula tapi aku salahkan lagu(haha..mampuslah bias kawan aku kata)


Persembahan yang aku suka

Mila- persis mutiara
Mila- cinta pura-pura
Candy- Dedebu Cinta
Aswad- mata hati jiwa
Candy- demam
Heliza-Cinta boneka
Ebi-Farhana (Puteri bumi kenyalang)
Heliza-cinta di lautan lalang
Aswad- bila mati cinta terhenti
Ebi- sinar cinta

persembahan medley

Diya-Kaulah segalanya.
Noni-semoga abadi
Fatin-aku cinta padamu
Farha-perpisahan
Shawal-Kau ilhamku
Dekna-pelangi petang
Dafi-mungkin nanti
Afiq-keabadian cinta
Aizat-yesterday
Rizal-laguku untukmu

0 comments: