Wednesday, February 10, 2010

DRAMA

Aku memang suka tengok drama. Drama ini termasuklah drama bersiri, drama yang suku siri dan juga drama yang x mempunyai siri langsung.haha.. tapi kesemua drama-drama ini adalah drama luar atau lebih secara tepatnya adalah drama jepun.

Mungkin akan ada orang yang akan pandang sinis bila aku kata aku suka tengok cite luar berbanding dengan cite tempatan. Akan ada pandangan-pandangan “cite melayu x baguih ka? “ , “nak ikut trend semasa la tu “, atau “ agungkan sangat produk luar!” .FYI aku x agungkan produk luar dan aku akui ada produk luar yang lebih tak masuk akal dari produk di dalam negara. Tetapi tidak masuk akal itu lah yang sebenarnya yang kita harus terokai dan menjadikan ia diterima akal.

Ambik contoh cerita-cerita jepun yang aku tonton, seperti hanakimi, Meitantei no okite atau just cerita SP yang biasa seperti Hadarime Tantei EYE. Cerita-cerita ini menjangkau batasan biasa di dalam kehidupan seharian. Walaupun sejujurnya, cerita-cerita ini lebih berjaya kerana tarikan pelakon-pelakon di dalamnya dan ia juga merapu serta boleh dijangka, tetapi keunikan dan idea baru yang dibawa di dalamnya melalui watak serta olahan jalan ceritanya tidak menjadikan ia sama dengan cerita-cerita lain. Hey..aku cuma pernah tengok cerita yang merevealkan the other site of pembikinan sesebuah genre melalui dramanya hanya melalui Meitantei no okite dan Kiss Kiss Bang-Bang je…melayu? Mungkin baca separuh proposal dah direject.

Aku tidak melihat sesebuah cerita tempatan yang mempunyai plot-plot menarik di dalamnya di kaca-kaca televisyen. Jika pengkarya kita membikin sebuah idea yangunik dan terpesong sedikit atau berbentuk ideologi, terus dicantas kerana katanya penonton mahukan drama ‘masyarakat’. Masyarakat yang membawa maksud mahukan sesuatu yang sama atau the reality, tetapi apabila reality itu yan g cuba diangkat ke dalam naskah karya, ia ditolak kerana terlalu berat atau mudahnya, tidak relevan.

Karakternya juga bersifat tipikal dan boleh dijangka. Terlalu sedikit karya-karya yang mempunyai karakter-karakter yang luar biasa atau boleh dikatakan berbentuk non-reality .Jangan katakan masyarakat Malaysia tidak suka menonton cerita-cerita fantasi, jika tidak Supernatural tidak akan ditayangkan sehingga musim kelima di sini. Jika ada pun, ia nya berbentuk komedi kerana mungkin untuk tidak membuatkan ia kelihatan begitu serius. Ghost adalah satu produk kegemaran aku kerana keunikan nya walaupun idea tersebut sudah biasa digunakan , tetapi pedulikan semua itu kerana aku sudah bosan menonton drama keluarga, kisah krisis cinta dan kematian dan keinsafan pada penghujung cerita.

Nur Kasih berjaya kerana garapannya dan aku menyukai Nur Kasih kerana keunikan cara penyampaian dan kehalusan sinematografinya. Jika semua ini tidak ada di dalam karya Khabir Bhatia ini, Nur Kasih akan menjadi drama yang hanya akan ditonton sebanyak tiga episode sahaja oleh aku.

Mengapa aku terlalu emosi pada ketika hendak cuti ini.mungkin kerana idea-idea di dalam otakku meronta-ronta minta dikeluarkan tetapi dibiarkan terkurung kerana tahu tidak akan ada siapa yang peduli.

Duh….mahu holiday….