Tuesday, September 18, 2007

akan datang.....

HERE
syurga di mana....

Thursday, July 5, 2007

A journey to find kiroro..i mean..,snoopy

A long-long time ago(tak lama sangatlah),there was a young girl who always like to collect a toy that called BUU!! Dia berhasrat nak (matilah bhasa melayu plak!) mengumpul segala jenis benda alah buu bermula dari kaki hinggalah ke dalam isi badan..huhaha..that young girl memulakan azamnya..until ONE DAY….

Yang telah mematikan azam dan semangatnya serta menukarkannya menjadi penderhaka!haha…dan berpaling tadah.....da mission begun!

Day 1- that young girl memulakan pencariannya. Dia kuar bersama rakan dan kawan-kawan rakannya..(hemm),gadis itu tak dapat menenangkan dirinya dengan mencari benda azimat itu kerana keadaan yang tidak mengizinkan serta persekitaran yang membuatkan gadis itu bengong. Gadis itu singgah di kedai dan terlihat selipar BUU!that young girl mnjadi serba- salah,dia tak mahu ditduh dehaka tetapi hati nya di kala itu tidak terpaut kepada benda itu lagi..gadis itu harus mencari juga barangan azimatnya..that young girl meninggalkan kedai itu dan juga BUU….

Day 2- gadis itu duduk serba tidak kena. Dia asyik melihat ke arah telefon bimbitnya yang terteran notes –beli selipar. Gadis itu memujuk abangnya keluar ke kedai.
Mereka pergi. Gadis itu gembira. Dirasakan temapt itu akan memenuhi impiannya. Dia menejelajah ke setiap kedai. Semuanya hampa dan that young girl tiba di kedai terakhir. Dia masuk dan dadanya bedebar-debar. Dia menuju ke rak…dan nampak!!gadis itu gembira, dia menarik keluar dan….hampa…
barangan azimat yang telah dijumpai itu tidak bersesuaian dengannya…gadis tu hampa…

Day 3- that young girl kembali lagi ke tempat mula-mula dia bersama dengan rakan-rakannya dengan semangat membara. Dia mahu menamatkan pencarian ini..dia bersemangat. Gadis itu memanjat satu persatu tingkat,anak tangga,menjenguk setiap kedai dan meneliti setiap inci…dan akhirnya dia bertemu dengan sesuatu yang amat-amat menarik atinya….

So cute…….

That young girl menyedari kesilapannya dan sedar dia akan menyesal jika melepaskan peluang ini…dia kembali di track yg sebenar…


Tuesday, June 26, 2007

Heliza dan Shawal - My Heart sumbang lol

hehe..video yang paling disukai..nyanyian ni lagi best dari mila ngan Ebi..haha

Tuesday, June 19, 2007

I dun need a friend..? part 3

Cuti!!huaarggh..!!best gile..3 bulan! Korang memang tunggu sangat2 cuti semester ni..dalam kepala dah terbayang nak tengok tv,rncangan yang best2,af,lost,csi..
Korang balik ke rumah dan seminggu dekat rumah korang rasa lega sgt. .korang buat semua kerja rumah menggantikan mama korang yang sakit.korang tak kisah.korang happy.korang dah balik rumah. Korang dah boleh tengok rancangan tv korang suka sampai lebam.korang memang suka itu.
Tapi bila dah lama-lama kat rumah dengan abang2,ayah dan mama korang,Korang rasa lemas,korang rsa nak kuar,lari ke tempat lain sbb masalah:ayah korang asyik berebut tv dengan korang. Dahla korang balik nak tengo tv,dekat hostel kna kongsi tambah2 bila ada budak gila yang buat korang sakit ati, dekat rumah pun korang kna macam tu jugak. Ayah korang tak rasa ke yang selama ni dia tengok tv tu lebih lama dari korang. Korang nak diberi pengecualian!korang geram!korang nak laungkan sekali lagi yang lelaki dengan sukan memang menyusahkan !!korang marah sangat3x.kalau korang tak berhati perut korang nak delete cenel espn ngan sports2 yg lain tu tapi korang piker nanti ayah korang letak balik. Korang kenselkan idea tu. Korang tengok af pun dengan ati yang bengkek,ayah korang asyik nak mengutuk. Korang sakit ati.dia kutuk student yg korang suka plak tu. Korang nak melawan tapi korang malas nak cakap dengan ayah korang.memang selama ni korang jarang cakap dengan ayah korang. Korang pendamkan.

Korang bangun dari pagi macam biasa. Korang sapu sampah,basuh pinggan, sidai baju,lipat baju dari pagi sampai malam.korang tak kisah.mama korang tak chat.korang sayang mama korang.korang buat sebab dia. Tapi masalah : abang2 korang buat rumah macam hotel. Korang rasa geram. Baju2 yang korang dah lipat,korang suruh ambik masukkan ke dalam almari terbiar dari pagi sampai ke esok pagi di atas sofa tempat korang lepak tengok tv. Baju yang dah dipakai abang korang sangkut dekat sofa dengan tempat senaman,korang rasa sakit mata. Minuman yang abang korang bancuh milo,air sarsi,oren diletakkan atas meja makan. Korang marah!!korang bebel kat abang korang kalau tak nak basuh pun letaklah kat dalam sinki.abang2 korang buat muka toya. Korang sakit ati. Korang ambik letak dalam sinki,korang basuh. Buku2 budak getah berterabur atas lantai,korang kna kutip kalau korang nak sapu sampah,korang geram!
Ayah korang pulak balik waktu korang tengah asyik main internet. Ayah korang minta buat teh. Korang rasa malas. Sebenarnya korang pun tak tau apa masalah korang dengan ayah korang,tapi korang sedar korang suka melawan dia,korang suka tunjuk muka tak puas ati dengan ayah korang,korang sedar benda tu salah,korang berdosa. Korang cuba nak ubah tapi payah. Korang buat jugak.

selingan : semalam dengar x fresh semata-mata..hemm untung xfresh bertambah sorang pendengar semalam..

Malam pula korang tengok kalau ayah korang ada depan tv.kalau ada,korang masuk bilik,tutup. korang buka laptop atau komputer. Korang tak mau kongsi tv dengan ayah korang walaupun dia tak tengok espn,sports. Korang tak mau tengok ngan ayah korang. Korang pun tak tau napa. Tapi korang rasa sebab korang lemas dengan ayah korang suka membebel dan berleter bila ada apa2 yang dia tak suka. Korang busan dengar benda tu n korang rasa pelik plak abang korang dah ok dengan situasi tu. Korang fikir abang korang mungkin nak cuba jadi orang dewasa..korang keluar ke dapur,korang nak tengok apa makanan yg ada. Sejak dua menjak ni,korang tak makan malam dah,bukan korang diet,tapi tak de apa yg nak dimakan. Korang tak pandai masak dan mama korang tak chat dan abang2,ayah korang selagi korang tak melepet,berbuih2 atas lantai dorang tak kisah,korang masih hidup lagi. Korang rasa geram. Korang lapar sebenarnya tapi korang tak mau susahkan mama korang bila dia nak masakkan nasi goreng untuk korang. Korang kata korang tak lapar. Korang bancuh milo,korang tengok dalam sinki, korang geram lagi. Pinggan dan cawan yang abang korang makan satu2nya ada dalam tu.korang nak marah!korang tau nanti akan bertambah bilangannya sebab akan ada yang tukang tambah bila tengok dah ada pinggan yang lain dalam tu dan akan jadi macam biasa balik,korang yang akan kutip dan cuci.korang penat. Korang marah,korang bebel kat abang korang dan dia kata dia akan basuh. Korang diam dan korang tau benda tu takkan jadi kenyataan. Sampai ke malam,abang korang keluar.korang kuar bilik, benda tu still ada dalam sinki korang nampak dan korang basuh.korang rasa cam nak maki abg korang tapi korang tak buat, korang hormat kat dia lagi cuma apa yang korang akan buat, lancarkan mogok kat dia.

abang korang balik waktu korang tengah tgk starmovies. Korang tengok dia dengan ekor mata. Korang dah bleh agak apa yang dia nak tanya, dan korang tak pernah salah setiap kali. Korang jawab dengan sambil lewa dan sebenarnya korang masih geram dengan abang korang. Korang malas nak jawab. Abang korang pula dah mcam ahli arkeologi menelaah filem yg korang ngah tgk,korang rsa panas….korang arap abang korang masuk tidor sebab kornag nakkan ketenangan..dan korang nampak ayah korang keluarkan baju dan sangkut ke tempat sangkut kunci.kornag tarik nafas.. korang nak kena gosok baju ayah korang. Korang rasa letih...mental. Korang tak kisah nak buat benda tu,tapi korang rasa geram.korang rasa cam bibik! Abang2 korang pula buat rumah macam hotel!dan korang ni pekerja hotel tu yang tak dibagi tips mahupun gaji!!korang marah sangat2 dan korang rasa korang tak sabar nak balik ke hostel. Korang rasa sedih sebab korang sorang2 kena hadapi semua ni,dengan dah tak kerenah abang2 korang dan layanan dingin dekat ayah korang yang korang pun tak dapat nak bendung, korang dah tak keruan……

I dun need a friend…? sampai ke rumah ke

Saturday, June 16, 2007

I dun need a friend..? Part 1

Korang ada assignment yg perlu disiapkan dan perlu dihantar sebelum ujung minggu ni. assgmnt tu adalah korang kena buat video klip sendiri. Jadi korang balik kampung,shot dan jadi talent untuk kawan korang punya vklip. Kawan korang minta tlong editkan vklip dia dan korang kata ya. Korang pun nak mulakan proses editng. Korang nak install software yang korang nak pakai ke dalam laptop tapi masalah: laptop korang tak bleh install. Korang dah risau ngan gelabah. Tanpa software tu korang tak bleh nak edit. Korang cuba lagi,korang buang sebanyak mana bleh bagi kurangkan space dlm hard disc tapi still tak bleh. Korang bertambah gelabah dengan sedikit marah.besok nak kena siap dah vklip ni untuk dibagi kepada lecturer,tapi korang tak start satu apa lagi pun.

Korang minta pertolongan daripada seorang kawan yang agak pandai dalam hal2 ni untuk tlg tgkkan. Korang pun bawa laptop korang yg sebesar gajah tu ke bawah,korang jumpa dia ngan 2 orang kawan korang,seorang yg minta korang tlg editkan dan sorang lg nk tgk vklip dia yg kawan korang yg agak pandai ni buatkan. Korang jumpa dia. Korang tunjukkan dengan bersungguh2, korang tunjuk cara korang install sampai le ke tahap skrin tu keluar error. Korang tengok dia seakan nak minta perjelasan atau lebih tepat lagi kalau dia boleh tolong bagi suggestion tapi kawan korang yg agak pandai tu cuma kata ‘emm..memang tak bleh’ dan dengan gembira tunjukkan vklip yang 50% siap yang dia tlg buatkan tu kepada kawan2 korang yang lain. Dan dorang amat bergembira. Korang rasa sedih sebab korang dah tak tau nak buat apa dan korang ingat kawan2 korang akan at least bagi suggestion sbb korang dah tak tau nak buat kat mana lagi selain kat laptop yang tak bleh install tu.

Jadi korang dengan perasaan sedih, korang blah dari tempat tu. Kawan2 korang tak kata apa dan still tengok dgn gembira. Korang balik dengan sedih+kecil ati+geram dan korang sampai ke rumah. Bila di rumah,korang tak tau nak buat apa. Tba2 korang dapt idea nak minta jasa baik kawan rumah korang pinjmkan komputer dia dan korang jnji nnti korang akan buangkan blik. Kawan rumah korang bagi dan korang amat happy! Masalah korang settle. Korang install dengan penuh debaran takut2 hrapan korang berkecai dan allhamdulillah korang bleh pakai software tu .korang rasa lega n seronok sgt. Vklip korang bleh siap dalam masa yang dikehendaki.

Kawan2 korang yg tadi balik. Korang tak nak tgr dorang sbb korang masih rasa kecik ati. Tapi lepas 2 korang rasa dorang takkan paham yg korang berkecik ati dan korang beralah. Korang start buat editing dengan kawan korang yg minta tlg edit tu duduk sebelah. Korang edit korang punya dan kawn korang tu dengan bersungguh dan selepas hampir 5-6 jam vklip2 tu siap.korang rasa happy sgt.korang lega. Korang pun save dan masalah lain: vklip korang ngan kawan korang tu jadi pecah. Korang dah gelabah,dekat kmputer ok tapi bla save pecah. Korang cba lagi tpi still pecah. Kawan korang dkat sebelah pun trut gelisah. Korang cuba lagi save dgn type yg lain plak tapi still pecah. Korang tambah gelabah+marah+risau. Korang tgk jam nak dekat pukul 3 pagi. korang dh terasa pening2. korang cuba lagi save benda tu yang paling cepat masa dia pun 40 minit. Korang tgk hasilnya, macam tu jgk.korang dah angin. Kwn korang cuma diam dan bagi pendapat dia. last2 korang ckp korang nak biarkan ja sbb korang tak tau nak buat camna dah. Kawan korang setuju dan korang save benda2 tu dengan type yg paling elok sikit kadar kepecahan dia.

Korang tgk balik lepas dah selesai.masalah lagi: vklip kwn korang yg korang jd talent tu x sma lip sync. Korang dah tensen.kwn korang pun gelabah macam korang jgk. Korang perbetulkan,korang save dan korng tgk hasilnya. Mcm tu jgk. Korang dah tmbah gelabah.kwn korang dah tersengguk2 dan akhirnya terlena . korang cba lagi dengan bersungguh2. otak korang dah pening + dengan sengal sebb dah lma dpn kmputer. Korang tgk jam,nak dkt pukul 6. korang tau dah tak sempat korang nak tidur. Korang ada klas pukul 8 pagi dan korang masih berjaga. Korang buat lagi dan kali ni korang hrap sgt2 kali terakhir dan lepas save,korang tak tgk dah sbb korang dah nak termuntah dan sengal otak dan korang terus ttup komputer dan msuk blik. Korang baring atas katil dan cuba tidur selama setengah jam dengn masih memikirkan benda2 tu.

selingan :kat mana nak beli selipar kiroro ah?

Korang bangun dan gerakkan kwn2 korang yg sekelas supaya bangun dan pergi ke kelas. Dalam kelas korang gelisah dan risau. Korang sms kawan korang yg masih tdor tu spya bangun tgkkan vklip dia. Kwn korang kata lip sync still x sma. Korang dah rasa putus nafas.korang risau sbb korang dah janji nak buatkan untuk kwn korang,korang tak bleh nak tinggal mcm tu ja. Jadi korang balik cepat2 bla tau klas abes awal dan korang cepat2 sambung. Korang samakan lagi lip sync dia dan bla cuba lagi korang rs still sama.last2 kwn korang kata biarlah,nak buat macam mana. Korang rasa bersalah sbb vklip kwn korang tak sempurna.korang x sdp ati. Korang kan pergi klas smula lepas ni dan korang cuba burnkan untuk kwn korng dan juga untuk korang punya dgn secepat mgkin dan masalah: korang salah burn. Software baru korang tak bleh burn macam biasa dan korang dah hampir putus asa dan last2 korang jumpa jugak cara burn yg betul.korang lega dan masalah lagi: cd korang tak cukup disbbkan korang dh cuba banyk cd sblm ni. kwn korg ada cd dan korang burnkan untuk dia.!vkilp kwn korang siap!korang lega.kwn korang lagi lega dan korang bergegas ke kelas.

Dalam kelas korang gelisah. Korang kna antar cd pada lecturer krg petang nanti dan korang masih x siap. Korang gelabah dan takut. Korang tanya member2 korang kalau dorang ada cd lebih dan kwn korang bagitau kawan dia ada.korang rasa ada timbul hrapan.korang sms member dia yg juga member korang. Korang tggu blasan msg dia dengan gelisah. Korang miss call.korang tak senang duduk.korang nak selesaikan benda ni cepat2 sbb korang dah letih +penat nak memikirkannya. Last2 korang blk umah dengan perasaan hmpa.kwn korang x bls msg korang. Korang naik rumah dengn badan yg letih dan otak yg sngal. Korang penat dn lemah.

Korang sampai ke rumah dan korang tgk kwn korang yg vklip dah siap tu tgh tgk vklip 2 di dpn laptop. Korang x ckp apa2 sebab korang rasa gelisah sgt2.korang nak pergi ke belakang beli cd di kedai tapi korang dah tak larat. Otak korang dah berpinar dan tiba2 msg masuk. Kwn korang dah blas dan dia ada cd!korang rasa ada skit chaya tapi korang letih sgt2,seharian korang dpn kmputer dan tak tidur semlman.bdn korang dh rs lembik,dan korang kena pergi jmpa kwn korang dkt blok blkang utk ambik cd tu dan korang perlukan semangat….untuk korang melangkah keluar dan turun ke bwh. Korang mahu kekuatan dari org lain.korang bagtau kwn korang,kwn korang ada cd lebih…korang harapkan respon dan kwn korang hanya hem… tanpa memandang skit pun muka korang dan sbuk di dpn laptop. korang rs sedih +kecewa sgt2…kawan korang tak ada di sini…kaki korang rasa lemah dan korang dapat rasa yg kaki korang tak bleh berdiri lagi…krg masuk ke blik perlahan2 wlaupun korang tau korang kna turun ambik cd dr kwn korang,korang kna siapkan vklip cepat sbb korang kna anta ptg nnt. korang rebah atas ktil dan tanpa korang sedar air mata korang meleleh dan korang akhirnya teresak2. kwn korang yg nak bg cd menelfon korang dan korang tak bleh jawab sbb korang tak bleh nak bercakap.air mata korang masih meleleh2. akhirnya korang jawab panggilan kwn korg dengan tersekat2 dan korang bgtau dia nanti br korang ambk cd tu dan korang trus letak tlpon. Korang dah tak fkir apa akan jadi petg nnti.korang cma rasa sedih sgt2… kawan korang tak ada pada masa korang perlukan…

i dun need a friend..? or i dun have a friend..?


I dun need a friend..? part 2

Minggu ni minggu kritikal buat korang.korang rasa gelisah walaupun korang cuba sembunyikan.korang cuba buat biasa. Korang gelisah. korang tak sanggup nak tau keputusan ttg student kegemran korang yg akan ditendang kuar atau tidak. Korang sukakan dia dan korang banyak mengundi dia. Korang tak nak dia kuar di minggu terakhir. Student kegemaran korang kritikal dengan lagu2 di minggu tu.korang pun turut rasa gelisah jgk.korang nak dia berada di final sbb kalau dia terkuar korang tau nasibnya macam mna. Korang dh fhm sgt. Kwn2 korang tau korang minat student tu,korang buat wallpaper di laptop. Jadi korang slalu bermsg dengan kawan korang ttg benda tu dan sepanjang minggu tu korang rasa gelabah sebab kawan korang asyik kata student kegemaran krg yg akan kuar. Tapi korang buat tak tau.

Korang tgk konsert dengan debaran.persembhan pertama,aduhh!!korang dah rasa tak sedap ati komen2 positif tapi korang tau persembahan tu x bagus,korang tau dan sekarang korang rasa gelisah.korang tekan punat tipon,korang undi. Msg tipon korang masuk tiba2.kwn korang bg msgàsatu je perkataan untuk persembhan tu.hancuss!
Korang rasa geram tambah tak sedap ati.korang macam makin nak percaya yg student korang tu yg akan keluar…korang x blas msg kwn korang.

selingan : nak kena beli media hiburan!!alamak..alamak!!

Korang tgk persembahan2 lain dengan rasa gelisah tapi korang cuba cool. Korang cba fikir opposite yg benda tu x kn jadi..korang tgk persmbhan kedua. Korang harap student korang buat yg terbaik tp korang hampa dan sedih sbb komen2 yg negetif yg diterima dan korang cuba nak terima benda tu sbb korang pun rasa student yg korang suka tu buat biasa saja.rumours yg student korang yg akan jd mangsa korang rs macam makin hampir menjadi kenyataan….korang rs gelabah dan gelisah dan sedih. Lebih gelabah lagi bila abg korang kat rumah asyik kata stdnt kegmaran krg yg akan kuar.. dan ati korang sakit bila dia ckp tapi korang x bleh marah dia.dan korang lebih bertambah gelabah lagi sebb korang tak bleh tunjukkan kesedihan korang dan kegelisahan korang tu di depan abg korang yg tgh tgk tv sama2. korang terpaksa berlagak cool. Korang fikir benda tu takkan jadi.korang kuatkan semangat korang
Msg hp korang masuk.korang rasa malas nak tgk. Kwn korang bg msgàcnfirm stdnt fvrt korang yg akan kuar!!persembahan buruk dan semua mengharapkan dia kuar!

Korang rsa angin. Pada waktu tu korang perlukan at least bukan sokongan tapi jgn katakan apa2yg akan menambahkan kesedihan korang. Korang pun dah rapuh kepercayaan yg stdnt korang akan berthn dan korang cuba terima dgn cara korang sendiri.korang tak mau menangis sebab korang dah bersedia tapi korang tak nak dgr benda2 yg menyakitkan..korng terus tkn punat tipon untuk blas ,korang tulis SO WHAT?.korang rs geram..korang nak tekan btg send tapi korang tak sampai ati nak send..


korang rs sedih sbb memang student kesayangan korang yg kuar dan kawan korang tak phm ati korang macammana..…

i dun need a friend..?dat's not true...

Friday, June 8, 2007

shawal af5-Segalanya SHAWAL

huh..nama je pakai software cam best tapi last2 final touch up pakai mvie maker jgk..haha...
eemm...pas2 dah siap ni,tgk balik rasa cam dah terjadi kasanova plak c shawal ni n the end,dia pilih ebi..huhaha..x senonoh btul..tapi ni sekadar nak mengisi masa lapang..lagipun dah banyak video dia kan..

Tuesday, May 29, 2007

Since af dah abes kan tapi aku still demam lagi malah bertambah parah plak baru-baru ni(adeeiii) so aku saje je nak senaraikan lagu2 yang dinyanyikan oleh bebudak af5 ni yang kekadang pada aku best,tapi org lain kata xbest.aku dengar bingit telinga tapi pengkritik kata u powerlah!..hemm..so aku bahagi kepada dua keadaan iaitu yang dengar dan tengok dari TV dan juga yang tengok dan dengar secara live kat konsert :

1. Yang best dua-dua kat TV dan juga kat KONSERT:
Mila-pudar
Heliza-kesal
Aswad-korban cinta
Mila- Drama
Ebi-Al jannah
Ebi-kasihnya laila
Shawal-kenangan mengusik jiwa
Shawal-peronda jaket biru
Shawal-Joget kaki lima
Aizat-perpisahan

2.Yang aku rasa best kat TV tapi dikatakan kureng plak kat KONSERT:
Shawal-kaulah segalanya
Farha-insan
Shawal-cinta tak karuan
Rizal-permaidani
Heliza-melodi ahlan

3.Yang aku rasa kureng kat TV tapi pujian melambung plak kat KONSERT :
Mila-aku takkan bersuara
Dafi-pencinta wanita
Aizat-warisan
Rizal-kembali merindu
Mila&Ebi-my heart-sora ebi x best ah
Dafi-lagu theme meteor garden tu..tak ingat tajuk ah
Aizat-itu kamu
Dekna-cinta

Kesimpulannya,saje je buat benda ni..sebab kadang2 apa yang kita tengok kat tv tak sama ngan environment sebenar..huhu

Saturday, May 26, 2007

terbukti

Aku dapat tahu tentang satu perkara ari ni.x la mengejutkan sebab dari dulu aku dah agak dan kali ni memang terbukti. Sedih?marah?entahlah.aku tak tau apa perasaan aku skarang.dalam hati ku mcm terselit skit perasaan gembira…sbb akhirnya aku dah jadi macam org lain juga ada permasalahan dan masalah yg harus dihadapi..heh..bodohnya fikir macam tu.selama aku ingatkan aku x da masalah,slalu membandingkan diri dgn org lain,bosan dengan kehidupan sendiri.itulah masalah aku sebenarnya. Dan bila masalah sebenar datang,aku tak tau apa perasaan aku.aku nak menangis tapi aku ego,aku nak berpura2 tak tau tapi hakikatnya aku dah tau.tapi buat masa sekarang aku boleh lagi menghadapi orang-orang terdekat aku dan aku bertekad nak mengubah perangai aku untuk orang tersayang aku,aku tak mau dia dilukakan lagi.cukuplah penderitaan dan kesakitan yang dia alami.aku terasa berdosa selama ni dengan perangai aku tanpa mengira kesakitan yang dia tanggung..dan orang yang patut aku hormati…aku tak tau macammana penerimaan aku nanti padanya.ketika ini aku rasa seperti biasa tapi aku tau aku hanya akan rasa kelainan itu nanti,sekurang2nya bila bangun pagi esok…aku harap aku takkan membencinya dan cukuplah layanan yang seperti aku buat sekarang ni,tanpa mengetahui apa yang berlaku dan aku lebih rela macam ni daripada berubah menjadi lebih teruk.

sejarah bersama af

Musim af dah pun tamat..jadi aku nak cerita sikit pasal sejarah af dengan diri aku.orang kata jangan percaya pada benda2 karut,jangan percaya pada nasib yang kononnya hanya kebetulan tapi aku tak pasti samada benda ni Cuma kebetulan ataupun apa. Tengok saja rumusan yang kat bawah kemudian fikirkan adakah memang betul apa yang aku fikirkan ni ..

Af1 –aku masih belajar kat ting 5. Cikgu BM aku yang setiap hari masuk ke kelas kalau x cerita pasal af tak sah. Aku tinggal kat asrama,so aku tak tau apa2 tapi perasaan nak tgk memang ada sebab tiap2 ari dok dgr org cerita dengan member2 sama. Bila aku balik rumah sebab asarama kekurangan air,aku sempat tengok tapi dah konsert 8..too late

Af2- seawal audition lgi aku memang ikut program ni. dan aku sempat tangkap fitri yang kakak aku suka sangat sebab dia pakai kimono..haha. dan mata aku terus capture kepada seorang pelajar ni yang blur waktu awal2 tirai lagi-KAER . dan apabila dengar suara dia aku bertambah suka….dan sejak tu aku jadi pengundi setia dia. Sakit ati,kecewa bila dia tak buat persembahan yang bagus sewaktu konsert7,dan gembira gila babas waktu dia melakukan magic pada konsert 8 dan dia berjaya ke final.aku puas..walapun tak dapat tempat dan hanya sekadar tempat 6 aku terima walaupun hati kecewa. Tapi makin lama,makin lama namanya makin tenggelam tapi aku still sokong dia. Tak berbelah bagi. Pelajar yang kononnya berbakat besar dan mempunyai masa depan yang cerah nampaknya makin dilupakan.
Fakulti aku mengadakan teater dan aku berkesempatan menontonnya. Berita menggembirakan, kaer juga turut ada di tempat yang sama. Sukanya aku!!tapi selepas tu,member aku membawa aku satu berita yang menyedihkan. Aku tak sangka artis yang aku puja bersikap dingin kepada peminatnya. Aku cuba x mau percaya tapi tak kan kawan aku nak bohong pulak.aku cuba letakkan diri aku kat tempat member ku tadi,mesti aku akan rasa sedih. Lepas tu aku dah makin rasa kecewa dan tawar ati ngan dia bila banyak cerita2 yang mengesahkan cerita memberku tadi dan selepas dua tahun kaer berjaya kembali ke dunia hiburan dengan album sulung dia.

Af3- di tengah2 fenomena mawi. Aku cuba mencari kalau2 ada orang yang aku minat atau tidak.emm..aku hanya minat melihat muka kiut kefli ditambah pulak di awal musim yang dah dicacatkan dengan strategi astro..tapi bila sampai pertengahan musim,aku terpegun mendengar keromantikkan suara felix(haha) waktu menyanyi lagu bersama amylea…selepas tu sedar tak sedar aku menjadi follower dia dan apa yang aku perasaan,selepas tu persembahan dia merudum sehingga konsert final dan sehingga sekarang walaupun dah ada album,dan aku membelinya, aku rasakan dia masih tak dapat berdiri di atas kaki sendiri.

Af4- aku jadi suka pada suara faizal walaupun karektor blur dan lembab dia membuat aku rasa cam nak gigit kerusi.haha.. Musim yang paling kering dan lembab dalam sejarah af dan faizal berjaya dinobatkan sebagai juara. Dan kariernya tidak seperti juara2 lain dengan album yang masih tidak nampak bayangnya malahan lagu baru pun tak ada lagi.suam2 kuku dan mungkin sejuk trus.

Af5- aku dah takut sebenarnya untuk musim af kali ni. sebab musim kali ni membukakan ati aku untuk mengundi balik selepas membaca sepotong ayat dalam sebuah blog..emm..dan peserta kegemaran aku tak berjaya ke final,aku trima hakikat bahawa rezeki ada di mana2 tapi sebenarnya walaupun aku tak mau percaya,tapi dalam ati aku sebenarnya risau takut2 kejadian seumpama di atas akan berlaku lagi.

Emm…macam serius je perkara2 kat atas ni kan?mesti ada orang akan kata.hei pda!!ni semua hiburan je lah..don’t take it too serious! Memang cuma satu benda yang remeh dan aku bukannya nak kata aku ni punca jatuh bangun mereka,Cuma aku rasa pelik…napa benda ni jadi ah?mungkin ada reason2 yang boleh difikirkan kelogikankanya dan di bawah ada aneka pilihan yang boleh dipilih dan direnungi.

- aku banyak fikir sampai benda2 yang tak berkaitan cuba dikaitkan
- tak ada benda yang nak difikirkan.buwsan. jadi cubalah buat satu cerita
- aku fanatik sangat2
- aku tak boleh terima kenyataan,jadi cuba kaitkan konon2 ada sebab karier dorang jadi
macam tu.. haha
- benda ni memang betul dan aku ada instinct sebenarnya dan juga ada bencana jiwa pada orang2 yang aku minat.

Haha..apa2lah pilih mana yang berkenan. Dan aku takut kalau benda ni jadi kat dunia real aku pulak..hem..

Thursday, May 24, 2007

mimpi


credit gambar adiwarna dkt forumcari
sebab aku suka budak dua orang ni,jadi aku buat le wallaper khas ni.kalau ada orang tak suka,jangan tengok..hehe..(dah buat wallpaper desktop dah pun)

sebenarnya nak cerita satu benda(gambar tiada kaitan dengan cerita ni) sebenarnya aku ingat nak post minggu lepas tapi time tu baru jadi je,so aku tangguhkan dulu. takut kang termimpi balik..huhu..kaedahnya minggu lepas aku had a nightmare. aku mimpi yang kami baru je buka sem baru n then jumpa balik member2 lama n kena kongsi rumah cam biasa la dan kami dapat rumah baru yang mana suasana dan envrmnt dia tersangatlah damai dan sunyi,sejuk,best je lah senang cerita. dcorationnya tak sama cam laen(nama pun mimpi kan huhu)
dalam mimpi tu ada aku,fani,sheila,wana,khalid,nanie x salah...aa nanti sambung.dah seram sejuk plak

Monday, May 21, 2007

Bintang Popular : Variasi
Shawal nafi bertunang
Oleh Mohd Razif Mohd Rosdi; Surianie Mohd Hanif
Selepas Dekna, Shawal diasak persoalan cinta dengan teman seperjuanganDULU Fitri, kemudian Aidil dan terkini, Shawal. Tiga nama itu berkait rapat dengan nama hari raya. Namun, bukan nama jadi ukuran sebaliknya pelajar Akademi Fantasia 5 (AF5) yang tersingkir pada konsert kesembilan, Shawal lebih dikenali dengan suara jantan mirip penyanyi, Ibnor Riza.Bagaimanapun, tone suara Shawal lebih mirip senior beliau dalam AF4, Diddy. Maka daripada awal lagi, Shawal digelar klon Diddy.Apapun, Shawal ada aura sendiri. Wajah mirip hero siri Korea, Jae Hee (pelakon Sassy Girl-Chun Yang) membantunya hingga bertahan sehingga konsert kesembilan. Penyingkiran Shawal jelas menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Namun, apakan daya, badi lagu Inggeris memanggil Shawal turut serta dengan rakan AF lain.


hehe..sama ke??

Sunday, May 20, 2007

YE..YE..YE..



Thanks Mila. U save our night!

foto ambik dari mstar.button kamera kat tv rosak smlm

Juara Akademi Fantasia 5!Mila!Akhirnya perempuan memecah tradisi.memang she deserved it. Walaupun aku nak Aswad menang(ada sebab nya hahaha) tapi aku taklah seButa Seni untuk tak bergembira dengan keputusan ni.bersorak gila aku kul 1 malam tadi.nasib mak aku tak kuar dari bilik..huhu

About last night?emm…mula2 sekali aku rasakan macam tengah tengok perarakan kemerdekaan..haha…lama sangat pulak benda tu.jadi boring kejab.pas2 pom2 girl plak buat persembahan aku dah rasa cam hari sukan peringkat daerah dah. Anyway persembahan finalis aku rasa mendukacitakan semalam (excpt Mila) macam takut2, tak bersedia, over pun ada..hem….ni review based on wat aku tengok dr kaca tv rumah

Phantom of The Opera
Aku suka!aku suka!lagu ni aku suka!akhirnya ada juga selepas dibatalkan. persembahan mereka bolehlah sebagai pembuka tirai. Cuma sayangnya aku rasa elemen dramtik tak berap ada sedangkan cerita ini memang penuh dengan unsure-unsur dramatic tambha2 lagi lagu ni.. Suara kedengaran tenggelam timbul macam tak berapa hafal lagu. Aku lebih suka kalau depa buat nyanyi sorang2,just ambik beberapa rangkap(yelah ada 10 tu kan).

Persembahan finalis

Cinta boneka-Heliza
Apa ke hei baju tu?dah macam alien jadoo dah. Aduhh…kesian Heliza.. Suara dia dengar tak sedap berbanding dengan dulu. tapi aku suka tengok movement dan gaya dia atas stage.

Aswad-bila mati cinta terhenti

Bapak aku kutuk tajuk lagu. Aku pun nak kutuk jugak Cuma nak tambah lagi,bila mati cinta terhenti,kubur digali,ku kn disemadi..kekeke…apa daa tajuk..persembahan? meleret dan sepanjang dia nyanyi aku sembang ngan abg aku.myb sebab ni lagu baru,perlukan masa untuk suka.tapi ada member aku minta mp3 dah..huiihh?

Candy –Dedebu cinta
Aku suka tapi Candy nampak cam tak sihat sangat dan aku setuju dengan apa yang Hattan cakap part last 2. memang pendek sangat cara Candy matikan lagu tu.

Ebi – sinar cinta
Lagu ni yang tak sedap atau Ebi yang bawa tak sedap?haha…sejujurnya aku tak suka.Ebi macam tak confident dengan lagu ni dan myb betul kurang latihan..

Mila-persis Mutiara
Aku suka!Aku Suka!memang dari awal aku dah suka lagu ni dan Mila membawakannnya dengan best! Tapi malam semalam pada aku ada sikit spoil dengan arrangmt muzik. Dgr kat diary is much2 better tapi mungkin disebabkan envrmnt stadium.

Aswad- mata hati jiwa
Untuk persembahan kedua ni, aku boleh layan. Mungkin sebab penari2 extra kat bawah yang asyik buat tangan ala line clear kot..hihihi..so cute.

Heliza- cinta di lautan lalang
Huiih,lautan lalang. nasib dia x bg costume grasshopper.haha..lagi sekali tajuk tak relevan. Aku suka lagu ni waktu dengar kat diary tapi bila di konsert,aduhh….Heliza mungkin nervous dan mencacatkan lagu ni. tapi takper,wait 4 da recording. Cuma aku wonder soalan aznil ttg ciri2 lelaki idaman, sepet?huhu..

Candy-Demam
Aku enjoy tengok persembahan dia. Nampak kesungguhan dan effort Candy tapi lagu ni macam tak kena dengan suara dia plak

Ebi-Farhana (Puteri bumi kenyalang)
Err…over confident?over xpose?hehe…abg aku cakap yang Ebi ni tak boleh menyanyi. Aku rasakan Ebi ni boleh menyanyi Cuma sesetengah lagu yang dapat masuk dengan dia.suara?dari awal dulu lagi aku rasakan Suara Ebi ni biasa saja Cuma aku suka part dia buat high note. Dengar puas gila macam aku plak yang nyanyi.


Mila-Cinta Pura-Pura

Seperti biasa, Mila tak akan mengecewakan!memang best.Mila ni aku tengok penuh dengan attitude dan dia nampak berkeyakinan on stage.

Tribute to Aznil memang patut diadakan. Cuma pemilihan lagu kalau dibuat dengan lebih teliti lagi(mengambil lagu2 yang meninggalkan kenangan dan sejarah yang tersendiri seperti contoh mentera semerah padi-kaer,lagu bunyi gitar-vince)akan jadi lebih best. Aku pun terikut sedih bila dengar balik lagu-lagu ni.teringat af-af dulu..i’m gonna miss it!
Anyway aku memang tertunggu persembahan medley ni dari mula.. persembahan finalis cuma mengisi masa kosong..(haha terbalik ) aku suka dengan persembahan dari Diya, terpegun aku dengar suara dia. Sedap dan sayang terkeluar awal dulu. Noni pun aku suka. Dia nampak berkeyakinan. Farha pun best dan Dafi pun ok dengan pemilihan lagu yang sesuai. Shawal sedikit mengecewakan tambah2 lagi dia yang aku tunggu dari mula tapi aku salahkan lagu(haha..mampuslah bias kawan aku kata)


Persembahan yang aku suka

Mila- persis mutiara
Mila- cinta pura-pura
Candy- Dedebu Cinta
Aswad- mata hati jiwa
Candy- demam
Heliza-Cinta boneka
Ebi-Farhana (Puteri bumi kenyalang)
Heliza-cinta di lautan lalang
Aswad- bila mati cinta terhenti
Ebi- sinar cinta

persembahan medley

Diya-Kaulah segalanya.
Noni-semoga abadi
Fatin-aku cinta padamu
Farha-perpisahan
Shawal-Kau ilhamku
Dekna-pelangi petang
Dafi-mungkin nanti
Afiq-keabadian cinta
Aizat-yesterday
Rizal-laguku untukmu

Friday, May 18, 2007

Penajaan dalam hidup...

nak tau napa aku letak gambar minyak angin ni ngan telefon 'karat' ni?? ada kaitan dengan tajuk kat atas.nak tau kena baca bagi abes.nak skip pun bleh. bukan tak pernah buat.
lalala.....satu hari di dalam seminggu di dalam bulan di dalam tahun...apa aku merepek ni?
semalam pergi jalan-jalan kat cs.dah lama tak kuar.tetiba rasa pelik.sebenarnya memang dah lama nak kuar, ingat nak kuar rabu tapi tetiba mama pi skolah plak.tak der org nak anta..ayooo..bila bangun pagi-pagi tu,set jam kul 9, tetiba rasa cam malas. Cam ada sesuatu yang menghalang dari kuar,tapi kuatkan ati juga sebab nanti nak kuar dah tak boleh dah.malas nak kuar ujung minggu. Ramai.ari ni pun budak2 skolah ramai.balik skool.
Sebab utama kuar nie sebanrnya nak makan breakfast mcd..tapi too bad,sampai lambat. Sampai tepat2 kul 11 n tgk kat mcd….dah tukar dah…huhu…waaaa….bermulalah nasib malang ku..

Sebab tak tau nak buat apa,gi lah tgk wayang.sebenarnya dr semalam dok rancang nak tgk spderman ke sumolah,hjat ati yang terpendam sebenarnya nak tengok spdey tapi member2 susah mati spidy ckp tak berpa best plak…so tukar lah hasrat tgk sumolah…

Review lepas tgk sumolah….AKU TGK TAK HABIS!!
Huh…tak tau myb semalam angin atmsfea aku sama semalam, ataupun cita tu sama yang mmg x best. Tapi apa yang pasti punca UTAMA ketidakbestan cerita ini bila sponsor2 sibuk nak menempekkan barangan depa ke dalam movie…ayooo…so very the tut! la…cita ni aku layan memula tapi bila start masuk pempuan celcom,iklan celcom.kerusi urut ogawa yang tah apa2 tu…aduiii…sampai video call 3G celcom pun nak promote ke…aduhh…camon lah .ni lah punca kenapa industri filem kita x maju sebenarnya. Remember castello? Boleh kalau kita sekadar nak tunjukkan barangan sponsor,ye lah…org dah bagi duit,kenala tempek serba sedikit brangan depa. Tapi jgnlah terlampau obvious…keseronokan cerita tu hilang bila tetiba aku dok tengok benda2 tu.myb aku kot yang terlebih emosional..hahaha….org lain selambe je aku tgk. Atau aku je yang perasaan benda tu? N aku wonder…cerita orang putih ada ke tak hah slot2 untuk penaja ni?dorang tak perlukan penaja ke atau aku yang tak perasan? pakai dua benda kat atas tu pun boleh hidup jugak rasanya....

Bintang : 2/ 5 so sad 4 afdlin’s film actually. Aku still suka cerita buli2 dia dulu.

tetiba rasa nak gila

Baca dengan mengimaginekan gaya dan reaksi mereka2 dengan bersungguh-sungguh dan penuh penghayatan..

17 Mei 2007 10 malam Astro Ria
Debat akademi fantasia : Menjadikah Akademi Fantasia 5 ini?

Di studio : Aznil,Roslan Aziz, Ogy, Joe , Editor Kosmo(x ingat nama)

Pda di talian

Aznil : Yaa..Pda dari mana

Pda : Pda dari kedah,gurun kedah.

Aznil : yaa..silakan..

Pda : pada saya, Af kali ini menjadi..

Aznil : (MENYAMPUK) Alhamdulillah…

Pda : kerana saya sebagai seorang penonton, peminat Af pada musim kali ini, tertunggu –tunggu untuk menonton konsert dan juga diary pada setiap malam dan juga menonton ulangannya. Ini berbeza dengan musim lepas yang mana boleh dikatakan tiada seri..mungkin kerana pemilihan pelajar yang pelbagai personality dan color pada musim kali ni. isi kandungan diary pun jauh lebih menarik

Roslan : (MENYAMPUK)personality pelajar sebenarnya bekembang kalau kita tengok dari semasa ke semasa, dari minggu ke minggu. Seprti saya ketika mula-mula membuat lagu untuk Sheila Majid dahulu,orang katakan saya gila, tapi tengoklah sekarang, dia di mana.(quote dari Roslan!) Dan itu yang akan saya buat pada budak2 ni dan butang biru itu sebenarnya petunjuk bagi penonton memilih dengan bijak.

Aznil : macammana dengan pembaharuan yang dibawakan oleh Astro dengan pengkritk tetap dan juga butang biru, adakah cik bersetuju?

Pda : tentang butang biru dgn pengkritik tetap tu pula,saya sebenarnya tak setuju langsung pengkritik tetap sampai 3 orang. Kalau buat 2, 1 pun dah cukup. Memang lah bagus sebab dorang boleh ikut perkembangan pelajar dari mula tapi jika dperhatikan apabila sudah masuk minggu ke 8,9.. ,7 pun cukuplah pengkrtik sudah mula meletakkan tahap atau anggaran kepada sesetengah pelajar di mana jika pelajar itu membuat kesilapan kecil masih dimaafkan dan diberi penghrgaan tetapi pelajar lain yang membuat kesalahan yang lebih kurang sama tidak diberikan kredit! atau dalam erti kata yang lebih senang, bias la.

Ogy : (MENYAMPUK)Pada saya, saya sebagai pengkritik, saya bercakap bagi pihak saya sebagai seorang pengkritik, saya telus dan jujur di dalam memberi kritikan. Jika persembahan pelajar itu tidak bagus,saya akan katakan tidak bagus. Macam contohnya persembahan shawal dengan Copacabana dia, saya terpaksa menyatakan ianya tidak bagus walaupun agak sukar untuk saya katakan. Dan sebenarnya lagu itu tidak sesuai untuk dinyanyikan oleh dia,maaf ya Lan-(quote from mulot Ogy sendri ok!) dan menjadi punca penyingkirannya. Jadi saya tidak merasakan bahawa pengkritik2 kita bersikap bias atau tidak adil di dalam memberikan komen

Joe : HAHAHAHA….!!!

Aznil : Saya juga bersetuju dengan kata- kata Ogy…mgkin cik boleh jelaskan keadaan dan ketika mana berlakunya ketidakadilan itu sperti yang didakwa.

Pda : hemm…saya bagi contohnya Mila sewaktu knsert 8 yg mana dia menyanyikan lagu Nike Ardilla, Aku tak akan bersuara. Pada permulaan lagunya sahaja, dia sudah sumbang dan masuk chorus pecah. Tetapi still diberi 4 butang biru.! Jadi apa kaedahnya butang biru itu??Adakah ia diberi mengikut kepuasan hati pengkritik?ataupun persembahan yang perfect atau…ikut suka hati pengkritik memberikannya kepada pelajar yang dia suka atau...terpaksa ikut kata produser ataupun dollah cantik ataupun...

Ogy : (MENYAMPUK)pengkritik sebenarnya telus dalam memberi kritikan!!.. bencana jiwa yang melanda pengundi2 kita sebenarnya perlu digali supaya air lagu yang dibawa itu....roh...

Roslan : (MENYAMPUK)butang biru itu sebenarnya petunjuk…seperti kata saya tadi, Sheila Majid…

Joe : HAHAHAHA!!

Aznil : nampaknya keadaan makin tegang

PDA : TUTT…..talian diputuskan

Talian telefon Pda diputuskan oleh Astro yang tak mampu mengawal keadaan. Editor Kosmo tu pula tak diberikan langsung ruang untuk bercakap.

Disebabkan malu untuk menelefon dan juga takmo dikutuk oleh bapakku, ku hanya mampu meluahkan isi hati dengan berimagine…
Yang Italic dan Underline tu ada makna yang tersirat..faham-fahamkan lah ye…hehe…