Tuesday, December 22, 2009

5 Things

5 things I cannot live without

1. Laptop

2. Arashi

3. My Buu

4. Breakfast MCD

5. Family


5 drama recommended to watch/I love

1. Maou

2. Hana Yori Dango

3. Kisarazu Cat’s Eye

4. Bloody Monday

5. Rysusei no Kizuna

5 things that I’m so into now

1. Arashi

2. Himitsu no arashi chan

3. Supernatural

4. Works

5. Dreams

5 things I think the world will happier without

1. Backstabbed frenz

2. Lorry

3. If want money,u have to work

4. Man

5. Gap between Malaysia and other countries

#will update later

Monday, November 9, 2009

dedikasi buat Porshe...

dear porshe..hari ini genap setahun kau bersama aku..haha..mungkin sebenarnya..aku pun x brapa ingat...terima kasih kerana dengan adanya kau aku dapat berjalan ke sana sini.

minta maaf juga apabila aku secara tidak sengaja mengeksidenkan kau..dan mungkin dari sejak itu kau berdendam dengan aku..haha..tapi bila kau merajuk atau buat perangai, aku terima saja sebab aku tau aku yang bersalah.dan minta maaf juga sebab aku selalu membabi buta bila memandu

dan kini aku akan tinggalkan kau.mngkin lama dan mungkin tidak lama bergantung kepada keadaan..aku harap aku takkan rindukan kau dan akan ada orang lain yang akan menjaga kau..

jumpa lagi porshe

Friday, November 6, 2009

rasa yang ingin ku coretkan..

Life is beautiful..ada orang kata hidup ini seumpama kain putih yang belum dicorakkan. Kita yang akan mencorakkannya. Lima tahun aku bergelar pelajar..terlalu banyak rasanya corak yang telah aku lakarkan. Ada yang dicorakkan dengan sengaja, ada juga tanpa sedar. rasanya lebih banyak aku corakkan berdasarkan perasaan. ada juga yang dibuat dengan begitu sempurna, sehingga aku tidak mempercayainya, ada juga yang membuatkan aku rasa seperti tidak mahu mengingatinya semula.terlalu banyak corakan pengalaman sepanjang aku berada di sini

What u give, u get back. Pepatah orang putih mengatakan perkara yang diberikan kepada orang lain, akan diterima semula. Ia juga membawa maksud negatif dan positif. Dan selalunya yang negative yang tegar diingati. Positif itu cuma secebis memori yang dibiarkan melayang pergi dari akal fikiran. Orang melayu pula mengatakan hukum karma. Dan apabila berbicara mengenai hokum karma, selalunya perkara buruk yang akan terlintas di fikiran. Seperti orang selalu cakap,jangan buat jahat pada orang lain,nanti karma kembali kepada kita.Percaya atau tidak bukanlah satu isu, kerana jika kita tidak mempercayainya pun,ia akan tetap terjadi kepada kita malah jika mempercayainya pula membuatkan kita depress dengan nasib diri.

Jika aku dilahirkan semula,aku mahu menjadi lelaki.. satu ungkapan yang biasanya kita lihat di mana-mana drama. Cuma yang membezakkannya ialah yang akan dijadikan pilihan jika diberikan peluang membuat keputusan. Kenapa gender berlawanan menjadi pilihan?mungkin agak kontroversional jika aku katakan penat menjadi perempuan. Satu perkara istimewa mengenai lelaki adalah mereka boleh mengekspresikan emosi secara bebas dan makna persahabatan yang mendalam.

Women’s enemy is women. Sukar untuk mempercayainya tetapi ia adalah benar. Mungkin tidak jika kita masih tidak mahu berpijak pada bumi yang nyata.

Monday, November 2, 2009

Manusia & ......

Dunia manusia seumpama kutu yang merayap di atas kepala dan menemui banyak benda di atasnya. Begitu juga dengan manusia. Sepanjang aku hidup selama 22 tahun, kutu eh..manusia telah banyak mengajar aku tentang erti kehidupan.

Manusia atau kutu ini terbahagi kepada pelbagai jenis dan apa yang membezakan manusia dengan kutu adalah manusia boleh bercakap dengan dialog yang difahami,kutu?hanya mereka sahaja yang memahaminya.

Manusia type A - “#### nak jumpa aku..nak bagitau pasal benda tu.. (and repeat it again n again)

Manusia type B – “aku tak macam dia tu..buat kerja nak cepat..tapi kalau boleh aku nak balik awal ari

ni,ok?”(motiiiffff)

Manusia type C – “emm..aku tgh sesak ni..aku pinjam dulu bleh, nanti aku byr blik” (hemm…..)

Manusia type D – “………………………..perbuatan” (hey..tak faham2 ke??)

Manusia type E – “ baca ### pandai sangat dah ke?” (WTH ko sebok..haha)

Manusia type F - " u're not frenz wit him?ok...so are mee...(WT#...?)



Ni bru suku tak sampai setengah..jadi.. dari jadi manusia jadilah….

manusia jugak.takkan nak jadi kutu plak kan?

Thursday, August 20, 2009

saja mahu berkongsi lagu yang aku suka sangat....tak tau kenapa...
layan.....


Aku Dan Dirimu [jiwang.org]

by Ari Lasso & Bunga Citra Lestari

tiba saatnya kita saling bicara

tentang perasaan yang kian menyiksa

tentang rindu yang menggebu

tentang cinta yang tak terungkap



sudah terlalu lama kita berdiam

tenggelam dalam gelisah yang tak teredam

memenuhi mimpi-mimpimu malam kita



reff:

duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah

perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu

dan kini hanya ada aku dan dirimu

sesaat di keabadian



jika sang waktu kita hentikan

dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan

meleburkan semua batas

antara kau dan aku, kita



repeat reff

mp3 kalau nak cari sendiri...hahaha

Wednesday, June 24, 2009

Azam SEM baru!!

memandangkan sem baru akan dibuka, aku telah pun menanam azam baru untuk dijadikan panduan supaya akan lebih berjaya...haha..poyo tul ayat

know the meaning for thisss...ngeh..ngeh....

Azam-azam itu adalah:
  • jangan diulangi kesalahan masa lalu
  • ulangan kebaikan pada masa dahulu
  • jadikan kenangan pahit satu pengajaran and LEARN from it
  • kenangan manis jangan sesekali disiakan
  • jangan pergi library selalu..aiyaakkk...
  • fokussss..focusss and foookuuuuussss
  • kuatkan semangat nak abeskan sem ni jgkk!
  • fikir pasal diri sendiri sama
  • senyum selalu
  • be positivee +++
  • lupakan arashi whatttt...???

Sunday, June 14, 2009

part II

ENTRY 4 BOREEEEDDDD DAYYYY PART II

ENTRY BUANG MASA 8

Masuk dari depan akan dikira sebagai tetamu masuk dari belakang akan dikira sebagai pencuri

Kalau kereta kita kemek di belakang orang akan tgk kita dgn muka simpati kalau kereta kita kemek di depan orang akan tgk kita dengan sinis

Dalam perkahwinan depan adalah diwajibkan belakang adalah diharamkan.

Lebih elok bercakap depan dari bercakap di belakang-belakang

Budak-budak yang duduk depan dalam kelas adalah budak-budak yang selalu dapat straight A’s budak-budak duduk belakang selalu dapat jelingan straight dari lecturer

Duduk depan selalu clear view duduk belakang ada tambahan kepala-kepala dalam view

depan dalam band maknanya yang paling banyak peminat dan jd cover majalah dan belakang dalam band yang paling banyak bertukar ganti pun takde orang yang kesah

Macam mana pulak kalau terbalik. Ini situasinya

Duduk depan dalam panggung menyakitkan leher duduk belakang just enjoy the show

Duduk belakang dalam kereta boleh tidur atau makan mcd mcdeluxe sampai habis duduk depan kena pandu takpun jadi co-pilot

jalan belakang ialah jalan yang bawa kereta sambil bersiul dan jalan depan ialah jalan yang bawak kereta sambil tekan hon

belakang badan adalah bahagian yang jarang dikutuk oleh diri sendiri di dalam cermin dan depan badan adalah bahagian yang selalu dikutuk oleh diri sendiri dan juga orang lain di dalam cermin-cermin



Tuesday, June 9, 2009

slowly movin~..

slowly movin~
i have decided to move my stormy boys to my LJ because i think they need a new house already..hehe..blog ini akan tetap ada tetapi hanya akan diisi dengan perkara-perkara yang tidak melibatkan my stormy boys.mybe one or two post nanti kalau LJ buat gila..hihi...blog ini juga memerlukan skin yg baru kerana sudah lama tuan tanah pening tengok segala benda-benda alah ini tetapi tidak mempunyai kekuatan internet yang cukup untuk menukarnya...
ja ne~


Monday, May 11, 2009

bored

B.I :What i'll doing?
B.M :Apa yang akan saya buat?
B.Iban :..errrrr...errr...


ENTRY 4 BOOREEEDD day....

segala entry selama dua bulan akan datang akan saya rangkumkan di dalam post ini kerana ia akan mempunyai satu perkataan yang sama iaitu buhsan...haha.so bila pas dua bulan leh tgk brapa byk buhsan melanda..
kenapa saya rangkumkan?pertamanya kerana kebanyakkan menda yang akan dipost adalah menda2 tak berasas dan tidak ada pun tidak apa dan sekadar untuk memenuhi tuntutan naluri(refer 1st entry) so adalah lebih baik seandainya ia digabungkan sekali sahaja.

entry BUANG MASA 6


Dengar orang cakap…secret resipi mahal..makanan x la sedap sgt..kamu cakap memang la mahal pun!

Dengar orang cakap..kalau asyik tekan brek,minyak habis cepat..kamu cakap brek memang untuk ditekan

Dengar orang cakap..bebudak AF7 tak boleh nyanyi..kamu cakap tak de klon Amirul mahupun Ika kat situ langsung

Dengar orang cakap..kalau budak degil kena piat tinge dia..kamu cakap saya degil x de orang piat pun..wuhaha

Dengar orang cakap..Arashi tu sape?napa minat?tak best langsung la! Kamu cakap..suka hati saya la..!!

Dengar orang cakap..orang yang selalu meroyan kat tenet x de life..kamu cakap..errr….errr…

Dengar orang cakap..sekarang jangan makan Mcd kerana boikot..kamu cakap..i’m trying my best..to eat..i mean

Dengar orang cakap…duduk lam-lama depan computer bleh mati..kamu cakap..saya terpaksa setuju dengan cakap itu

Dengar orang cakap..kalau rindu tengoklah bumbung rumah kamu cakap kalau tak tau rumah atau dok flat camne plak

Dengar orang cakap…cari boyfrenz cepat-cepat..laki makin pupus kamu cakap..yang ada depan mata pun terbiar je lagi..hehe

Dengar orang cakap..kawan baik ni susah nak cari..baik kawan ngan semua..kamu cakap..tapi bila susah,kawan baik la yang dicari kan

Dengar orang cakap..sekarang ni musim hujan..kamu cakap..iye tadi baju yang disidai dah abis basah balik dah..


entry BUANG MASA 5

Final AF 7 dah berakhir…!!!kinda satisfied with the result..k,not really but I admit that who should get it and has got it.. Bila diingat-ingatkan kembali, sudah berapa kali konsert terakhir yang aku tonton?ya..tujuh kali.tapi sepanjang konsert-konsert mingguan sehingga ke konsert akhir aku dapat membuat satu keputusan bahawa di antara kesemua konsert, aku lebih mengemari konsert kelapan. Ya..setiap musim…ada sebab dan alasan yang melekat di kepala ini dan ia tidak menggunakan sebarang rujukan dari mana2 artikel ataupun mulut2 mahupun youtube sama sekali..hehehe

AF 1

Vince nyanyi lagu rindu bayangan versinya sendiri.sampai sekarang aku terikut-ikut cara dia nyanyi. Bila dia sebut nama kawan dia satu persatu. Aku pun tersedih..hak2

Konsert len..erkk..khai ngan gosok dia.konsert 7 x salah tp x minat bang Khai..huhu

AF 2

Kaerrrr yang kembali.semangat semerah padi…!!juga semusim dari Zahid yang sedap gilerr dan juga bebas berlari yang best dari Farah. X lupa versi Adam beramah mesra..huhu..

AF 3

Mawi yang best ngan pupus walaupun baju macam cina chowkit bg free.juga rambut amylea yang dicuri oleh felix. Juga kerana Kema kuar..wahahaha


Af 4

Nirvaannnnaa kelako dari paejah..haha..bleh eja cam2. Juga konon2 penyingkiran Lotter padahal semua orang dah tau..giiiimiiikkkkk….!!

Af 5

Kau lah segalanya yang x best di mata pengkritik bias tetapi ok pada aku.ok, x la perfect sebenarnya tapi dia x tima keadilan yang sepatutnya sama rata. Juga selepas konsert ini yang membuat aku rasa gilerrr nyer strategi Astro. Dan musim yang boleh membuatkan aku tak tgk langsung the whole diary untuk minggu terakhir.

Af6

Drama Don’t Speak dari Stacy. Aksi sepak bantal ke arah AC memang best.wuhahaha,juga lagu Aizat yang sedap.

AF7

Temanya yang best..dan yang paling best adalah sultan Mahmud itu..hik2..ok2 bias2.

Overall..konsert-8 memang rockkk!!!tak tau kenapa mungkin sebab konsert2 selepas itu,9 dan final dah boleh dipredicate so ia jadi kurang excitementnya

Ok. Jom kita berbicara mengenai AFmasuk pulak! Apa itu afmasuk? Jika melihat ke dalam kamus hatta kamus oxford sekalipun.perkataan ini tidak akan dijumpai. Melainkan huruf A dan F. masuk bermaksud kita memasukkan sesuatu samada benda atau benda lain ke dalam sesuatu..hak2..apa aku merepek ni.

Kalau ada orang pertikaikan kenapa budak2 AF masuk ni mesti dapat naib johan senang je jawapannya. ASTRO nakkan reputasi yang baik untuk AF masuk ni, so nanti bila konon2 ada kejutan af masuk lagi orang akan still undi masuk sbb yang sebelum2 ni ternyata semuanya dapat naib johan sedangkan hadoo.kalau x takkan undi minggu 9 kena reset, takut kena caras.faham?


entry BUANG MASA 4
who i like in ara..eh AF..?


click for actual view..huhu


kenapa gambar Akim berbeza dengan gambar2 bintang yang len yang semuanya adalah gambar time promo Af dan hanya dia je bkn?bkn kerana dia diberi layanan istimewa oleh pemilik blog tetapi kerana gambar promonya terlalu hazaaabbb untuk diletakkan..hahak


entry BUANG MASA 3
sakit hati, sakit jiwa, sakit tangan dan sakit kereta

kalaulah hati dan jiwa boleh dicapture...

entry BUANG MASA 2

Ku tinggalkan arashi sebentar demi Akim...Akim..!!




entry BUANG MASA 1

my current dekstop

dan hanya sho kun mampu menghilangkan kebosanku..haha
so hentaiii....