Friday, November 6, 2009

rasa yang ingin ku coretkan..

Life is beautiful..ada orang kata hidup ini seumpama kain putih yang belum dicorakkan. Kita yang akan mencorakkannya. Lima tahun aku bergelar pelajar..terlalu banyak rasanya corak yang telah aku lakarkan. Ada yang dicorakkan dengan sengaja, ada juga tanpa sedar. rasanya lebih banyak aku corakkan berdasarkan perasaan. ada juga yang dibuat dengan begitu sempurna, sehingga aku tidak mempercayainya, ada juga yang membuatkan aku rasa seperti tidak mahu mengingatinya semula.terlalu banyak corakan pengalaman sepanjang aku berada di sini

What u give, u get back. Pepatah orang putih mengatakan perkara yang diberikan kepada orang lain, akan diterima semula. Ia juga membawa maksud negatif dan positif. Dan selalunya yang negative yang tegar diingati. Positif itu cuma secebis memori yang dibiarkan melayang pergi dari akal fikiran. Orang melayu pula mengatakan hukum karma. Dan apabila berbicara mengenai hokum karma, selalunya perkara buruk yang akan terlintas di fikiran. Seperti orang selalu cakap,jangan buat jahat pada orang lain,nanti karma kembali kepada kita.Percaya atau tidak bukanlah satu isu, kerana jika kita tidak mempercayainya pun,ia akan tetap terjadi kepada kita malah jika mempercayainya pula membuatkan kita depress dengan nasib diri.

Jika aku dilahirkan semula,aku mahu menjadi lelaki.. satu ungkapan yang biasanya kita lihat di mana-mana drama. Cuma yang membezakkannya ialah yang akan dijadikan pilihan jika diberikan peluang membuat keputusan. Kenapa gender berlawanan menjadi pilihan?mungkin agak kontroversional jika aku katakan penat menjadi perempuan. Satu perkara istimewa mengenai lelaki adalah mereka boleh mengekspresikan emosi secara bebas dan makna persahabatan yang mendalam.

Women’s enemy is women. Sukar untuk mempercayainya tetapi ia adalah benar. Mungkin tidak jika kita masih tidak mahu berpijak pada bumi yang nyata.

0 comments: