Tuesday, May 29, 2007

Since af dah abes kan tapi aku still demam lagi malah bertambah parah plak baru-baru ni(adeeiii) so aku saje je nak senaraikan lagu2 yang dinyanyikan oleh bebudak af5 ni yang kekadang pada aku best,tapi org lain kata xbest.aku dengar bingit telinga tapi pengkritik kata u powerlah!..hemm..so aku bahagi kepada dua keadaan iaitu yang dengar dan tengok dari TV dan juga yang tengok dan dengar secara live kat konsert :

1. Yang best dua-dua kat TV dan juga kat KONSERT:
Mila-pudar
Heliza-kesal
Aswad-korban cinta
Mila- Drama
Ebi-Al jannah
Ebi-kasihnya laila
Shawal-kenangan mengusik jiwa
Shawal-peronda jaket biru
Shawal-Joget kaki lima
Aizat-perpisahan

2.Yang aku rasa best kat TV tapi dikatakan kureng plak kat KONSERT:
Shawal-kaulah segalanya
Farha-insan
Shawal-cinta tak karuan
Rizal-permaidani
Heliza-melodi ahlan

3.Yang aku rasa kureng kat TV tapi pujian melambung plak kat KONSERT :
Mila-aku takkan bersuara
Dafi-pencinta wanita
Aizat-warisan
Rizal-kembali merindu
Mila&Ebi-my heart-sora ebi x best ah
Dafi-lagu theme meteor garden tu..tak ingat tajuk ah
Aizat-itu kamu
Dekna-cinta

Kesimpulannya,saje je buat benda ni..sebab kadang2 apa yang kita tengok kat tv tak sama ngan environment sebenar..huhu

Saturday, May 26, 2007

terbukti

Aku dapat tahu tentang satu perkara ari ni.x la mengejutkan sebab dari dulu aku dah agak dan kali ni memang terbukti. Sedih?marah?entahlah.aku tak tau apa perasaan aku skarang.dalam hati ku mcm terselit skit perasaan gembira…sbb akhirnya aku dah jadi macam org lain juga ada permasalahan dan masalah yg harus dihadapi..heh..bodohnya fikir macam tu.selama aku ingatkan aku x da masalah,slalu membandingkan diri dgn org lain,bosan dengan kehidupan sendiri.itulah masalah aku sebenarnya. Dan bila masalah sebenar datang,aku tak tau apa perasaan aku.aku nak menangis tapi aku ego,aku nak berpura2 tak tau tapi hakikatnya aku dah tau.tapi buat masa sekarang aku boleh lagi menghadapi orang-orang terdekat aku dan aku bertekad nak mengubah perangai aku untuk orang tersayang aku,aku tak mau dia dilukakan lagi.cukuplah penderitaan dan kesakitan yang dia alami.aku terasa berdosa selama ni dengan perangai aku tanpa mengira kesakitan yang dia tanggung..dan orang yang patut aku hormati…aku tak tau macammana penerimaan aku nanti padanya.ketika ini aku rasa seperti biasa tapi aku tau aku hanya akan rasa kelainan itu nanti,sekurang2nya bila bangun pagi esok…aku harap aku takkan membencinya dan cukuplah layanan yang seperti aku buat sekarang ni,tanpa mengetahui apa yang berlaku dan aku lebih rela macam ni daripada berubah menjadi lebih teruk.

sejarah bersama af

Musim af dah pun tamat..jadi aku nak cerita sikit pasal sejarah af dengan diri aku.orang kata jangan percaya pada benda2 karut,jangan percaya pada nasib yang kononnya hanya kebetulan tapi aku tak pasti samada benda ni Cuma kebetulan ataupun apa. Tengok saja rumusan yang kat bawah kemudian fikirkan adakah memang betul apa yang aku fikirkan ni ..

Af1 –aku masih belajar kat ting 5. Cikgu BM aku yang setiap hari masuk ke kelas kalau x cerita pasal af tak sah. Aku tinggal kat asrama,so aku tak tau apa2 tapi perasaan nak tgk memang ada sebab tiap2 ari dok dgr org cerita dengan member2 sama. Bila aku balik rumah sebab asarama kekurangan air,aku sempat tengok tapi dah konsert 8..too late

Af2- seawal audition lgi aku memang ikut program ni. dan aku sempat tangkap fitri yang kakak aku suka sangat sebab dia pakai kimono..haha. dan mata aku terus capture kepada seorang pelajar ni yang blur waktu awal2 tirai lagi-KAER . dan apabila dengar suara dia aku bertambah suka….dan sejak tu aku jadi pengundi setia dia. Sakit ati,kecewa bila dia tak buat persembahan yang bagus sewaktu konsert7,dan gembira gila babas waktu dia melakukan magic pada konsert 8 dan dia berjaya ke final.aku puas..walapun tak dapat tempat dan hanya sekadar tempat 6 aku terima walaupun hati kecewa. Tapi makin lama,makin lama namanya makin tenggelam tapi aku still sokong dia. Tak berbelah bagi. Pelajar yang kononnya berbakat besar dan mempunyai masa depan yang cerah nampaknya makin dilupakan.
Fakulti aku mengadakan teater dan aku berkesempatan menontonnya. Berita menggembirakan, kaer juga turut ada di tempat yang sama. Sukanya aku!!tapi selepas tu,member aku membawa aku satu berita yang menyedihkan. Aku tak sangka artis yang aku puja bersikap dingin kepada peminatnya. Aku cuba x mau percaya tapi tak kan kawan aku nak bohong pulak.aku cuba letakkan diri aku kat tempat member ku tadi,mesti aku akan rasa sedih. Lepas tu aku dah makin rasa kecewa dan tawar ati ngan dia bila banyak cerita2 yang mengesahkan cerita memberku tadi dan selepas dua tahun kaer berjaya kembali ke dunia hiburan dengan album sulung dia.

Af3- di tengah2 fenomena mawi. Aku cuba mencari kalau2 ada orang yang aku minat atau tidak.emm..aku hanya minat melihat muka kiut kefli ditambah pulak di awal musim yang dah dicacatkan dengan strategi astro..tapi bila sampai pertengahan musim,aku terpegun mendengar keromantikkan suara felix(haha) waktu menyanyi lagu bersama amylea…selepas tu sedar tak sedar aku menjadi follower dia dan apa yang aku perasaan,selepas tu persembahan dia merudum sehingga konsert final dan sehingga sekarang walaupun dah ada album,dan aku membelinya, aku rasakan dia masih tak dapat berdiri di atas kaki sendiri.

Af4- aku jadi suka pada suara faizal walaupun karektor blur dan lembab dia membuat aku rasa cam nak gigit kerusi.haha.. Musim yang paling kering dan lembab dalam sejarah af dan faizal berjaya dinobatkan sebagai juara. Dan kariernya tidak seperti juara2 lain dengan album yang masih tidak nampak bayangnya malahan lagu baru pun tak ada lagi.suam2 kuku dan mungkin sejuk trus.

Af5- aku dah takut sebenarnya untuk musim af kali ni. sebab musim kali ni membukakan ati aku untuk mengundi balik selepas membaca sepotong ayat dalam sebuah blog..emm..dan peserta kegemaran aku tak berjaya ke final,aku trima hakikat bahawa rezeki ada di mana2 tapi sebenarnya walaupun aku tak mau percaya,tapi dalam ati aku sebenarnya risau takut2 kejadian seumpama di atas akan berlaku lagi.

Emm…macam serius je perkara2 kat atas ni kan?mesti ada orang akan kata.hei pda!!ni semua hiburan je lah..don’t take it too serious! Memang cuma satu benda yang remeh dan aku bukannya nak kata aku ni punca jatuh bangun mereka,Cuma aku rasa pelik…napa benda ni jadi ah?mungkin ada reason2 yang boleh difikirkan kelogikankanya dan di bawah ada aneka pilihan yang boleh dipilih dan direnungi.

- aku banyak fikir sampai benda2 yang tak berkaitan cuba dikaitkan
- tak ada benda yang nak difikirkan.buwsan. jadi cubalah buat satu cerita
- aku fanatik sangat2
- aku tak boleh terima kenyataan,jadi cuba kaitkan konon2 ada sebab karier dorang jadi
macam tu.. haha
- benda ni memang betul dan aku ada instinct sebenarnya dan juga ada bencana jiwa pada orang2 yang aku minat.

Haha..apa2lah pilih mana yang berkenan. Dan aku takut kalau benda ni jadi kat dunia real aku pulak..hem..

Thursday, May 24, 2007

mimpi


credit gambar adiwarna dkt forumcari
sebab aku suka budak dua orang ni,jadi aku buat le wallaper khas ni.kalau ada orang tak suka,jangan tengok..hehe..(dah buat wallpaper desktop dah pun)

sebenarnya nak cerita satu benda(gambar tiada kaitan dengan cerita ni) sebenarnya aku ingat nak post minggu lepas tapi time tu baru jadi je,so aku tangguhkan dulu. takut kang termimpi balik..huhu..kaedahnya minggu lepas aku had a nightmare. aku mimpi yang kami baru je buka sem baru n then jumpa balik member2 lama n kena kongsi rumah cam biasa la dan kami dapat rumah baru yang mana suasana dan envrmnt dia tersangatlah damai dan sunyi,sejuk,best je lah senang cerita. dcorationnya tak sama cam laen(nama pun mimpi kan huhu)
dalam mimpi tu ada aku,fani,sheila,wana,khalid,nanie x salah...aa nanti sambung.dah seram sejuk plak

Monday, May 21, 2007

Bintang Popular : Variasi
Shawal nafi bertunang
Oleh Mohd Razif Mohd Rosdi; Surianie Mohd Hanif
Selepas Dekna, Shawal diasak persoalan cinta dengan teman seperjuanganDULU Fitri, kemudian Aidil dan terkini, Shawal. Tiga nama itu berkait rapat dengan nama hari raya. Namun, bukan nama jadi ukuran sebaliknya pelajar Akademi Fantasia 5 (AF5) yang tersingkir pada konsert kesembilan, Shawal lebih dikenali dengan suara jantan mirip penyanyi, Ibnor Riza.Bagaimanapun, tone suara Shawal lebih mirip senior beliau dalam AF4, Diddy. Maka daripada awal lagi, Shawal digelar klon Diddy.Apapun, Shawal ada aura sendiri. Wajah mirip hero siri Korea, Jae Hee (pelakon Sassy Girl-Chun Yang) membantunya hingga bertahan sehingga konsert kesembilan. Penyingkiran Shawal jelas menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Namun, apakan daya, badi lagu Inggeris memanggil Shawal turut serta dengan rakan AF lain.


hehe..sama ke??

Sunday, May 20, 2007

YE..YE..YE..



Thanks Mila. U save our night!

foto ambik dari mstar.button kamera kat tv rosak smlm

Juara Akademi Fantasia 5!Mila!Akhirnya perempuan memecah tradisi.memang she deserved it. Walaupun aku nak Aswad menang(ada sebab nya hahaha) tapi aku taklah seButa Seni untuk tak bergembira dengan keputusan ni.bersorak gila aku kul 1 malam tadi.nasib mak aku tak kuar dari bilik..huhu

About last night?emm…mula2 sekali aku rasakan macam tengah tengok perarakan kemerdekaan..haha…lama sangat pulak benda tu.jadi boring kejab.pas2 pom2 girl plak buat persembahan aku dah rasa cam hari sukan peringkat daerah dah. Anyway persembahan finalis aku rasa mendukacitakan semalam (excpt Mila) macam takut2, tak bersedia, over pun ada..hem….ni review based on wat aku tengok dr kaca tv rumah

Phantom of The Opera
Aku suka!aku suka!lagu ni aku suka!akhirnya ada juga selepas dibatalkan. persembahan mereka bolehlah sebagai pembuka tirai. Cuma sayangnya aku rasa elemen dramtik tak berap ada sedangkan cerita ini memang penuh dengan unsure-unsur dramatic tambha2 lagi lagu ni.. Suara kedengaran tenggelam timbul macam tak berapa hafal lagu. Aku lebih suka kalau depa buat nyanyi sorang2,just ambik beberapa rangkap(yelah ada 10 tu kan).

Persembahan finalis

Cinta boneka-Heliza
Apa ke hei baju tu?dah macam alien jadoo dah. Aduhh…kesian Heliza.. Suara dia dengar tak sedap berbanding dengan dulu. tapi aku suka tengok movement dan gaya dia atas stage.

Aswad-bila mati cinta terhenti

Bapak aku kutuk tajuk lagu. Aku pun nak kutuk jugak Cuma nak tambah lagi,bila mati cinta terhenti,kubur digali,ku kn disemadi..kekeke…apa daa tajuk..persembahan? meleret dan sepanjang dia nyanyi aku sembang ngan abg aku.myb sebab ni lagu baru,perlukan masa untuk suka.tapi ada member aku minta mp3 dah..huiihh?

Candy –Dedebu cinta
Aku suka tapi Candy nampak cam tak sihat sangat dan aku setuju dengan apa yang Hattan cakap part last 2. memang pendek sangat cara Candy matikan lagu tu.

Ebi – sinar cinta
Lagu ni yang tak sedap atau Ebi yang bawa tak sedap?haha…sejujurnya aku tak suka.Ebi macam tak confident dengan lagu ni dan myb betul kurang latihan..

Mila-persis Mutiara
Aku suka!Aku Suka!memang dari awal aku dah suka lagu ni dan Mila membawakannnya dengan best! Tapi malam semalam pada aku ada sikit spoil dengan arrangmt muzik. Dgr kat diary is much2 better tapi mungkin disebabkan envrmnt stadium.

Aswad- mata hati jiwa
Untuk persembahan kedua ni, aku boleh layan. Mungkin sebab penari2 extra kat bawah yang asyik buat tangan ala line clear kot..hihihi..so cute.

Heliza- cinta di lautan lalang
Huiih,lautan lalang. nasib dia x bg costume grasshopper.haha..lagi sekali tajuk tak relevan. Aku suka lagu ni waktu dengar kat diary tapi bila di konsert,aduhh….Heliza mungkin nervous dan mencacatkan lagu ni. tapi takper,wait 4 da recording. Cuma aku wonder soalan aznil ttg ciri2 lelaki idaman, sepet?huhu..

Candy-Demam
Aku enjoy tengok persembahan dia. Nampak kesungguhan dan effort Candy tapi lagu ni macam tak kena dengan suara dia plak

Ebi-Farhana (Puteri bumi kenyalang)
Err…over confident?over xpose?hehe…abg aku cakap yang Ebi ni tak boleh menyanyi. Aku rasakan Ebi ni boleh menyanyi Cuma sesetengah lagu yang dapat masuk dengan dia.suara?dari awal dulu lagi aku rasakan Suara Ebi ni biasa saja Cuma aku suka part dia buat high note. Dengar puas gila macam aku plak yang nyanyi.


Mila-Cinta Pura-Pura

Seperti biasa, Mila tak akan mengecewakan!memang best.Mila ni aku tengok penuh dengan attitude dan dia nampak berkeyakinan on stage.

Tribute to Aznil memang patut diadakan. Cuma pemilihan lagu kalau dibuat dengan lebih teliti lagi(mengambil lagu2 yang meninggalkan kenangan dan sejarah yang tersendiri seperti contoh mentera semerah padi-kaer,lagu bunyi gitar-vince)akan jadi lebih best. Aku pun terikut sedih bila dengar balik lagu-lagu ni.teringat af-af dulu..i’m gonna miss it!
Anyway aku memang tertunggu persembahan medley ni dari mula.. persembahan finalis cuma mengisi masa kosong..(haha terbalik ) aku suka dengan persembahan dari Diya, terpegun aku dengar suara dia. Sedap dan sayang terkeluar awal dulu. Noni pun aku suka. Dia nampak berkeyakinan. Farha pun best dan Dafi pun ok dengan pemilihan lagu yang sesuai. Shawal sedikit mengecewakan tambah2 lagi dia yang aku tunggu dari mula tapi aku salahkan lagu(haha..mampuslah bias kawan aku kata)


Persembahan yang aku suka

Mila- persis mutiara
Mila- cinta pura-pura
Candy- Dedebu Cinta
Aswad- mata hati jiwa
Candy- demam
Heliza-Cinta boneka
Ebi-Farhana (Puteri bumi kenyalang)
Heliza-cinta di lautan lalang
Aswad- bila mati cinta terhenti
Ebi- sinar cinta

persembahan medley

Diya-Kaulah segalanya.
Noni-semoga abadi
Fatin-aku cinta padamu
Farha-perpisahan
Shawal-Kau ilhamku
Dekna-pelangi petang
Dafi-mungkin nanti
Afiq-keabadian cinta
Aizat-yesterday
Rizal-laguku untukmu

Friday, May 18, 2007

Penajaan dalam hidup...

nak tau napa aku letak gambar minyak angin ni ngan telefon 'karat' ni?? ada kaitan dengan tajuk kat atas.nak tau kena baca bagi abes.nak skip pun bleh. bukan tak pernah buat.
lalala.....satu hari di dalam seminggu di dalam bulan di dalam tahun...apa aku merepek ni?
semalam pergi jalan-jalan kat cs.dah lama tak kuar.tetiba rasa pelik.sebenarnya memang dah lama nak kuar, ingat nak kuar rabu tapi tetiba mama pi skolah plak.tak der org nak anta..ayooo..bila bangun pagi-pagi tu,set jam kul 9, tetiba rasa cam malas. Cam ada sesuatu yang menghalang dari kuar,tapi kuatkan ati juga sebab nanti nak kuar dah tak boleh dah.malas nak kuar ujung minggu. Ramai.ari ni pun budak2 skolah ramai.balik skool.
Sebab utama kuar nie sebanrnya nak makan breakfast mcd..tapi too bad,sampai lambat. Sampai tepat2 kul 11 n tgk kat mcd….dah tukar dah…huhu…waaaa….bermulalah nasib malang ku..

Sebab tak tau nak buat apa,gi lah tgk wayang.sebenarnya dr semalam dok rancang nak tgk spderman ke sumolah,hjat ati yang terpendam sebenarnya nak tengok spdey tapi member2 susah mati spidy ckp tak berpa best plak…so tukar lah hasrat tgk sumolah…

Review lepas tgk sumolah….AKU TGK TAK HABIS!!
Huh…tak tau myb semalam angin atmsfea aku sama semalam, ataupun cita tu sama yang mmg x best. Tapi apa yang pasti punca UTAMA ketidakbestan cerita ini bila sponsor2 sibuk nak menempekkan barangan depa ke dalam movie…ayooo…so very the tut! la…cita ni aku layan memula tapi bila start masuk pempuan celcom,iklan celcom.kerusi urut ogawa yang tah apa2 tu…aduiii…sampai video call 3G celcom pun nak promote ke…aduhh…camon lah .ni lah punca kenapa industri filem kita x maju sebenarnya. Remember castello? Boleh kalau kita sekadar nak tunjukkan barangan sponsor,ye lah…org dah bagi duit,kenala tempek serba sedikit brangan depa. Tapi jgnlah terlampau obvious…keseronokan cerita tu hilang bila tetiba aku dok tengok benda2 tu.myb aku kot yang terlebih emosional..hahaha….org lain selambe je aku tgk. Atau aku je yang perasaan benda tu? N aku wonder…cerita orang putih ada ke tak hah slot2 untuk penaja ni?dorang tak perlukan penaja ke atau aku yang tak perasan? pakai dua benda kat atas tu pun boleh hidup jugak rasanya....

Bintang : 2/ 5 so sad 4 afdlin’s film actually. Aku still suka cerita buli2 dia dulu.

tetiba rasa nak gila

Baca dengan mengimaginekan gaya dan reaksi mereka2 dengan bersungguh-sungguh dan penuh penghayatan..

17 Mei 2007 10 malam Astro Ria
Debat akademi fantasia : Menjadikah Akademi Fantasia 5 ini?

Di studio : Aznil,Roslan Aziz, Ogy, Joe , Editor Kosmo(x ingat nama)

Pda di talian

Aznil : Yaa..Pda dari mana

Pda : Pda dari kedah,gurun kedah.

Aznil : yaa..silakan..

Pda : pada saya, Af kali ini menjadi..

Aznil : (MENYAMPUK) Alhamdulillah…

Pda : kerana saya sebagai seorang penonton, peminat Af pada musim kali ini, tertunggu –tunggu untuk menonton konsert dan juga diary pada setiap malam dan juga menonton ulangannya. Ini berbeza dengan musim lepas yang mana boleh dikatakan tiada seri..mungkin kerana pemilihan pelajar yang pelbagai personality dan color pada musim kali ni. isi kandungan diary pun jauh lebih menarik

Roslan : (MENYAMPUK)personality pelajar sebenarnya bekembang kalau kita tengok dari semasa ke semasa, dari minggu ke minggu. Seprti saya ketika mula-mula membuat lagu untuk Sheila Majid dahulu,orang katakan saya gila, tapi tengoklah sekarang, dia di mana.(quote dari Roslan!) Dan itu yang akan saya buat pada budak2 ni dan butang biru itu sebenarnya petunjuk bagi penonton memilih dengan bijak.

Aznil : macammana dengan pembaharuan yang dibawakan oleh Astro dengan pengkritk tetap dan juga butang biru, adakah cik bersetuju?

Pda : tentang butang biru dgn pengkritik tetap tu pula,saya sebenarnya tak setuju langsung pengkritik tetap sampai 3 orang. Kalau buat 2, 1 pun dah cukup. Memang lah bagus sebab dorang boleh ikut perkembangan pelajar dari mula tapi jika dperhatikan apabila sudah masuk minggu ke 8,9.. ,7 pun cukuplah pengkrtik sudah mula meletakkan tahap atau anggaran kepada sesetengah pelajar di mana jika pelajar itu membuat kesilapan kecil masih dimaafkan dan diberi penghrgaan tetapi pelajar lain yang membuat kesalahan yang lebih kurang sama tidak diberikan kredit! atau dalam erti kata yang lebih senang, bias la.

Ogy : (MENYAMPUK)Pada saya, saya sebagai pengkritik, saya bercakap bagi pihak saya sebagai seorang pengkritik, saya telus dan jujur di dalam memberi kritikan. Jika persembahan pelajar itu tidak bagus,saya akan katakan tidak bagus. Macam contohnya persembahan shawal dengan Copacabana dia, saya terpaksa menyatakan ianya tidak bagus walaupun agak sukar untuk saya katakan. Dan sebenarnya lagu itu tidak sesuai untuk dinyanyikan oleh dia,maaf ya Lan-(quote from mulot Ogy sendri ok!) dan menjadi punca penyingkirannya. Jadi saya tidak merasakan bahawa pengkritik2 kita bersikap bias atau tidak adil di dalam memberikan komen

Joe : HAHAHAHA….!!!

Aznil : Saya juga bersetuju dengan kata- kata Ogy…mgkin cik boleh jelaskan keadaan dan ketika mana berlakunya ketidakadilan itu sperti yang didakwa.

Pda : hemm…saya bagi contohnya Mila sewaktu knsert 8 yg mana dia menyanyikan lagu Nike Ardilla, Aku tak akan bersuara. Pada permulaan lagunya sahaja, dia sudah sumbang dan masuk chorus pecah. Tetapi still diberi 4 butang biru.! Jadi apa kaedahnya butang biru itu??Adakah ia diberi mengikut kepuasan hati pengkritik?ataupun persembahan yang perfect atau…ikut suka hati pengkritik memberikannya kepada pelajar yang dia suka atau...terpaksa ikut kata produser ataupun dollah cantik ataupun...

Ogy : (MENYAMPUK)pengkritik sebenarnya telus dalam memberi kritikan!!.. bencana jiwa yang melanda pengundi2 kita sebenarnya perlu digali supaya air lagu yang dibawa itu....roh...

Roslan : (MENYAMPUK)butang biru itu sebenarnya petunjuk…seperti kata saya tadi, Sheila Majid…

Joe : HAHAHAHA!!

Aznil : nampaknya keadaan makin tegang

PDA : TUTT…..talian diputuskan

Talian telefon Pda diputuskan oleh Astro yang tak mampu mengawal keadaan. Editor Kosmo tu pula tak diberikan langsung ruang untuk bercakap.

Disebabkan malu untuk menelefon dan juga takmo dikutuk oleh bapakku, ku hanya mampu meluahkan isi hati dengan berimagine…
Yang Italic dan Underline tu ada makna yang tersirat..faham-fahamkan lah ye…hehe…