Friday, May 18, 2007

tetiba rasa nak gila

Baca dengan mengimaginekan gaya dan reaksi mereka2 dengan bersungguh-sungguh dan penuh penghayatan..

17 Mei 2007 10 malam Astro Ria
Debat akademi fantasia : Menjadikah Akademi Fantasia 5 ini?

Di studio : Aznil,Roslan Aziz, Ogy, Joe , Editor Kosmo(x ingat nama)

Pda di talian

Aznil : Yaa..Pda dari mana

Pda : Pda dari kedah,gurun kedah.

Aznil : yaa..silakan..

Pda : pada saya, Af kali ini menjadi..

Aznil : (MENYAMPUK) Alhamdulillah…

Pda : kerana saya sebagai seorang penonton, peminat Af pada musim kali ini, tertunggu –tunggu untuk menonton konsert dan juga diary pada setiap malam dan juga menonton ulangannya. Ini berbeza dengan musim lepas yang mana boleh dikatakan tiada seri..mungkin kerana pemilihan pelajar yang pelbagai personality dan color pada musim kali ni. isi kandungan diary pun jauh lebih menarik

Roslan : (MENYAMPUK)personality pelajar sebenarnya bekembang kalau kita tengok dari semasa ke semasa, dari minggu ke minggu. Seprti saya ketika mula-mula membuat lagu untuk Sheila Majid dahulu,orang katakan saya gila, tapi tengoklah sekarang, dia di mana.(quote dari Roslan!) Dan itu yang akan saya buat pada budak2 ni dan butang biru itu sebenarnya petunjuk bagi penonton memilih dengan bijak.

Aznil : macammana dengan pembaharuan yang dibawakan oleh Astro dengan pengkritk tetap dan juga butang biru, adakah cik bersetuju?

Pda : tentang butang biru dgn pengkritik tetap tu pula,saya sebenarnya tak setuju langsung pengkritik tetap sampai 3 orang. Kalau buat 2, 1 pun dah cukup. Memang lah bagus sebab dorang boleh ikut perkembangan pelajar dari mula tapi jika dperhatikan apabila sudah masuk minggu ke 8,9.. ,7 pun cukuplah pengkrtik sudah mula meletakkan tahap atau anggaran kepada sesetengah pelajar di mana jika pelajar itu membuat kesilapan kecil masih dimaafkan dan diberi penghrgaan tetapi pelajar lain yang membuat kesalahan yang lebih kurang sama tidak diberikan kredit! atau dalam erti kata yang lebih senang, bias la.

Ogy : (MENYAMPUK)Pada saya, saya sebagai pengkritik, saya bercakap bagi pihak saya sebagai seorang pengkritik, saya telus dan jujur di dalam memberi kritikan. Jika persembahan pelajar itu tidak bagus,saya akan katakan tidak bagus. Macam contohnya persembahan shawal dengan Copacabana dia, saya terpaksa menyatakan ianya tidak bagus walaupun agak sukar untuk saya katakan. Dan sebenarnya lagu itu tidak sesuai untuk dinyanyikan oleh dia,maaf ya Lan-(quote from mulot Ogy sendri ok!) dan menjadi punca penyingkirannya. Jadi saya tidak merasakan bahawa pengkritik2 kita bersikap bias atau tidak adil di dalam memberikan komen

Joe : HAHAHAHA….!!!

Aznil : Saya juga bersetuju dengan kata- kata Ogy…mgkin cik boleh jelaskan keadaan dan ketika mana berlakunya ketidakadilan itu sperti yang didakwa.

Pda : hemm…saya bagi contohnya Mila sewaktu knsert 8 yg mana dia menyanyikan lagu Nike Ardilla, Aku tak akan bersuara. Pada permulaan lagunya sahaja, dia sudah sumbang dan masuk chorus pecah. Tetapi still diberi 4 butang biru.! Jadi apa kaedahnya butang biru itu??Adakah ia diberi mengikut kepuasan hati pengkritik?ataupun persembahan yang perfect atau…ikut suka hati pengkritik memberikannya kepada pelajar yang dia suka atau...terpaksa ikut kata produser ataupun dollah cantik ataupun...

Ogy : (MENYAMPUK)pengkritik sebenarnya telus dalam memberi kritikan!!.. bencana jiwa yang melanda pengundi2 kita sebenarnya perlu digali supaya air lagu yang dibawa itu....roh...

Roslan : (MENYAMPUK)butang biru itu sebenarnya petunjuk…seperti kata saya tadi, Sheila Majid…

Joe : HAHAHAHA!!

Aznil : nampaknya keadaan makin tegang

PDA : TUTT…..talian diputuskan

Talian telefon Pda diputuskan oleh Astro yang tak mampu mengawal keadaan. Editor Kosmo tu pula tak diberikan langsung ruang untuk bercakap.

Disebabkan malu untuk menelefon dan juga takmo dikutuk oleh bapakku, ku hanya mampu meluahkan isi hati dengan berimagine…
Yang Italic dan Underline tu ada makna yang tersirat..faham-fahamkan lah ye…hehe…

0 comments: