Monday, May 21, 2007

Bintang Popular : Variasi
Shawal nafi bertunang
Oleh Mohd Razif Mohd Rosdi; Surianie Mohd Hanif
Selepas Dekna, Shawal diasak persoalan cinta dengan teman seperjuanganDULU Fitri, kemudian Aidil dan terkini, Shawal. Tiga nama itu berkait rapat dengan nama hari raya. Namun, bukan nama jadi ukuran sebaliknya pelajar Akademi Fantasia 5 (AF5) yang tersingkir pada konsert kesembilan, Shawal lebih dikenali dengan suara jantan mirip penyanyi, Ibnor Riza.Bagaimanapun, tone suara Shawal lebih mirip senior beliau dalam AF4, Diddy. Maka daripada awal lagi, Shawal digelar klon Diddy.Apapun, Shawal ada aura sendiri. Wajah mirip hero siri Korea, Jae Hee (pelakon Sassy Girl-Chun Yang) membantunya hingga bertahan sehingga konsert kesembilan. Penyingkiran Shawal jelas menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Namun, apakan daya, badi lagu Inggeris memanggil Shawal turut serta dengan rakan AF lain.


hehe..sama ke??

1 comments:

Unknown said...

hahahaha...makan nasi dengan a galak...hamba nak gelak...hahahahaha.lawak...siap letak gambar jae hee dengan shawel itue...hahahahaha....hmm...bolehlah...
kau ni memang dah demam dengan si shawal ni....hahaha samalah, aku pun demam dengan tvxq...hahahaha..makan nasi dengan a galak...hamba nak gelak...hahaha...aku dah add link blog kau ni...senang sikit...click terus...tadi aku tak leh masuk sebab...internet aku gila...huhu