Thursday, April 15, 2010

A.N.S

Aku Nak Sambungannnyaaaa....!!!







nota kaki : Pda..cukup-cukuplah meroyann...

Friday, April 9, 2010

A walk that u have to remember

A walk to remember adalah sebuah filem mengenai seorang wanita yang menghidap leukemia dan bercinta dengan rakan sekolahnya yang merupakan rakan sejak kecil. Ia adalah adaptasi daripada sebuah novel hasil tulisan Nicholas Spark. BTW cite ni dah lama, novelnya pun dah lama dan aku dah baca dan tengok cite ni pun dah lama tapi apa yang membuatkan aku terasa nak menulis tentangnya hanya pada hari ini, only god knows..haha

Aku menonton filem terlebih dahulu dengan mengetahui bahawa ia adalah naskhah original daripada novel. Sebenarnya, aku suka menonton filem yang diadaptasi dari novel/manga dengan tidak membaca atau menonton versi lain/original kerana kelemahan dan kekurangannya yang memang akan terserlah. Dengan membaca novel, imaginasi dan pemikiran kita akan bebas merawang ke mana saja kita tentukan. Dengan filem, kita menerima saja apa yang dipaparkan. Jika aku membaca sesuatu novel itu, aku akan mengelak daripada menonton karya filemnya. Entah kenapa hanya minda dan hati aku yang boleh menjawapnya. Mungkin aku tak boleh menerima dua perkara yang sama tetapi berlainan jasad dan fizikal..macam bihun sup yang berkuah panas dan sejuk? I hate it! Bihun sup is supposedly been kept warm! Oohh..okay..



Di dalam filem, Landon Carter adalah seorang remaja yang mempunyai kliknya tersendiri, dan dari sejarah klik itu sendiri selalunya terdiri daripada orang-orang yang boleh buat samada kita terasa mahu join mereka atau mengelak mereka apabila terjumpa di koridor sekolah. Landon mempunyai sifat rebellious yang tinggi di dalam dirinya dan ini ditonjolkan melalui hubungannya dengan ayahnya,layanan yang over terhadap Jamie. Ini menimbulkan sedikit kekecewaaan dan kecelaruan apabila melihat ke dalam novel bahawa watak Landon tidak sama seperti apa yang diterjemahkan ke layar perak..

Landon di dalam novel menjadi istimewa kerana dia adalah seorang budak biasa yang meniti hari-harinya. He didn’t standing out much at school and he’s okay with it.aktiviti malamnya pula hanya sekadar makan kacang di tanah perkuburan .(agak comel sebenarnya aktiviti ini..hehe).and he is nice and sweet in his way.selalu memujuk dirinya,’ I’m doing the right things!’

Jamie Sullivan was a rare character, in novel, she is very special. With her bible that always been carried along, and her kindness toward the others. with her “all in a god’s plan” can make her character seem really unique. But in film, Jamie turns into someone else. she didn’t carry her bible, and she even speak back to people who made joke over her. Actually, One of the charming side of Jamie is she always been nice to people even though that people throw mustard at her clothes.

Kalau bercerita tentang play yang dilakonkan pula, the play di dalam novel mengisahkan tentang hidup Jamie dan ayahnya dan impak play ini adalah bagaimana angel itu wujud di dalam diri Jamie yang disedari oleh Landon sendiri. Muvi pula, menampakkan seolah-olah Mandy Moore nak menggoda plak..hisshhh..

Apa yang paling tersentuh selain daripada membaca peringkat demi peringkat bagaimana Landon akhirnya menyedari bahawa dia jatuh cinta kepada Jamie berbanding dengan selepas pementasan, terus jatuh cinta?(atau lebih tepat lagi, selepas “terkiss”..)

Dan apa yang paling membezakan novel dan filem adalah Landon mendapat petunjuk bagaimana dia dapat menolong Jamie akhirnya. Di dalam filem, scene ini tidak ditunjukkan. Dan sewaktu perkahwinan, ia amat berbeza apabila Jamie filem kelihatan amat sihat padahal sebenarnya dia berkeadaan sangat derita sehingga sepatutnya dia tidak mampu untuk berjalan ke aishle, but miracle happened. And that it what we called. “ A Walk to Remember”



Kecewa? Aku x boleh gambarkan perasaan aku dengan perkataan kecewa kerana aku menonton filem dahulu dan barulah membaca novelnya. Apa yang paling tepat di sini mungkin adalah perasaan lega. Lega kerana aku tidak membuat keputusan membaca novel terlebih dahulu dan kemudian baru melihat garapan kreatif pengarah terhadap karya Nicholas Spark ini. Ini kerana jika itu yang terjadi, aku akan membenci karya filem ini.