Monday, November 9, 2009

dedikasi buat Porshe...

dear porshe..hari ini genap setahun kau bersama aku..haha..mungkin sebenarnya..aku pun x brapa ingat...terima kasih kerana dengan adanya kau aku dapat berjalan ke sana sini.

minta maaf juga apabila aku secara tidak sengaja mengeksidenkan kau..dan mungkin dari sejak itu kau berdendam dengan aku..haha..tapi bila kau merajuk atau buat perangai, aku terima saja sebab aku tau aku yang bersalah.dan minta maaf juga sebab aku selalu membabi buta bila memandu

dan kini aku akan tinggalkan kau.mngkin lama dan mungkin tidak lama bergantung kepada keadaan..aku harap aku takkan rindukan kau dan akan ada orang lain yang akan menjaga kau..

jumpa lagi porshe

Friday, November 6, 2009

rasa yang ingin ku coretkan..

Life is beautiful..ada orang kata hidup ini seumpama kain putih yang belum dicorakkan. Kita yang akan mencorakkannya. Lima tahun aku bergelar pelajar..terlalu banyak rasanya corak yang telah aku lakarkan. Ada yang dicorakkan dengan sengaja, ada juga tanpa sedar. rasanya lebih banyak aku corakkan berdasarkan perasaan. ada juga yang dibuat dengan begitu sempurna, sehingga aku tidak mempercayainya, ada juga yang membuatkan aku rasa seperti tidak mahu mengingatinya semula.terlalu banyak corakan pengalaman sepanjang aku berada di sini

What u give, u get back. Pepatah orang putih mengatakan perkara yang diberikan kepada orang lain, akan diterima semula. Ia juga membawa maksud negatif dan positif. Dan selalunya yang negative yang tegar diingati. Positif itu cuma secebis memori yang dibiarkan melayang pergi dari akal fikiran. Orang melayu pula mengatakan hukum karma. Dan apabila berbicara mengenai hokum karma, selalunya perkara buruk yang akan terlintas di fikiran. Seperti orang selalu cakap,jangan buat jahat pada orang lain,nanti karma kembali kepada kita.Percaya atau tidak bukanlah satu isu, kerana jika kita tidak mempercayainya pun,ia akan tetap terjadi kepada kita malah jika mempercayainya pula membuatkan kita depress dengan nasib diri.

Jika aku dilahirkan semula,aku mahu menjadi lelaki.. satu ungkapan yang biasanya kita lihat di mana-mana drama. Cuma yang membezakkannya ialah yang akan dijadikan pilihan jika diberikan peluang membuat keputusan. Kenapa gender berlawanan menjadi pilihan?mungkin agak kontroversional jika aku katakan penat menjadi perempuan. Satu perkara istimewa mengenai lelaki adalah mereka boleh mengekspresikan emosi secara bebas dan makna persahabatan yang mendalam.

Women’s enemy is women. Sukar untuk mempercayainya tetapi ia adalah benar. Mungkin tidak jika kita masih tidak mahu berpijak pada bumi yang nyata.

Monday, November 2, 2009

Manusia & ......

Dunia manusia seumpama kutu yang merayap di atas kepala dan menemui banyak benda di atasnya. Begitu juga dengan manusia. Sepanjang aku hidup selama 22 tahun, kutu eh..manusia telah banyak mengajar aku tentang erti kehidupan.

Manusia atau kutu ini terbahagi kepada pelbagai jenis dan apa yang membezakan manusia dengan kutu adalah manusia boleh bercakap dengan dialog yang difahami,kutu?hanya mereka sahaja yang memahaminya.

Manusia type A - “#### nak jumpa aku..nak bagitau pasal benda tu.. (and repeat it again n again)

Manusia type B – “aku tak macam dia tu..buat kerja nak cepat..tapi kalau boleh aku nak balik awal ari

ni,ok?”(motiiiffff)

Manusia type C – “emm..aku tgh sesak ni..aku pinjam dulu bleh, nanti aku byr blik” (hemm…..)

Manusia type D – “………………………..perbuatan” (hey..tak faham2 ke??)

Manusia type E – “ baca ### pandai sangat dah ke?” (WTH ko sebok..haha)

Manusia type F - " u're not frenz wit him?ok...so are mee...(WT#...?)



Ni bru suku tak sampai setengah..jadi.. dari jadi manusia jadilah….

manusia jugak.takkan nak jadi kutu plak kan?