Friday, May 7, 2010

ASMARA yang mengkeDANA

WTH with tajuk kt atas?..haha

Asmaradana adalah cerita cinta bersegi-segi di antara Amran – Azizah, Azizah - Amran - Fariz, Mimi -Amran, fariz - Azizah dan lain-lain. Cinta ayah-ayah diorang tak payah tulis la sebab lagi bertambah complicated..hehe. masih mengekalkan konsep perbezaan darjat. Tetapi perbezaan darjat ini berbeza kerana ia memberi mesej bahawa semuanya terletak pada kekuasan Allah SWT. Pasangan kekasih itu tidak bersalah. Mereka tidak buat apa-apa melainkan menyintai satu sama lain. Tetapi keadaan yang menyebabkan mereka terpisah. Keadaan yang telah dirancang oleh penulisnya..hehe.. dan oh, cerita yang banyak sekali scene mati dan kalau boleh semua watak akan meninggalkan set drama.episod-episod akhir lagi bertambah dramatik kerana produser semak melihat ramai pelakon di set..haha <--ramalan semata-mata..

Garapan ceritanya buat aku kesian pada Amran. Dia berubah menjadi jahat kerana cintanya pada Azizah. Dan Azizah juga tidak boleh disalahkan kerana Amran yang melepaskannya dan scene ketika Azizah merayu membawanya bersama itu adalah sebenarnya titik tolak penyudah kepada hubungan mereka. Tiada jodoh. Amran berfikir dengan waras apabila tidak mahu membawa Azizah bersama. ia kerana tidak mahu dia diapa-apakan. Pengalaman melihat ayah dan ibunya meninggal sudah cukup menakutkan dia untuk kehilangan Azizah atas sebab yang sama. Tetapi apabila Amran memutuskan mahu membawa Azizah bersama..aku tak boleh tahannnnn………kerana ia sudah terlambat..
don't cry Amran..be strong

Segala yang terjadi di dalam drama ini bersebab. Amran membawa diri bersebab. Azizah memulakan hidup baru kerana Amran yang meninggalkannya dan sebab itu sudah cukup untuk dia menerima cinta suaminya. Ibu Tengku Saiful tidak menerima emaknya juga bersebab. Anaknya juga agak kurang hajar sebenarnya dan ia juga bersebab..haha.. watak Norish Karman adalah favourite aku..hehe.. kejam dan jahat tetapi kelakar sebab andaian-andaian yang dibuatnya kelihatan begitu spontan dan bersahaja…sayang cacat pulak last2..huhu


Watak Fariz disukai dan disanjung ramai kerana kebaikannya. Tapi bagi aku, aku tak boleh menerima wataknya kerana ia seperti kurang unsur realistik. Masih ada ke orang yang tidur pakai baju melayu( ada pda…!! Ooo..ada ke?) suami yang baik tetapi mujurlah wataknya diselamatkan apabila ada unsur-unsur jealous dan curiga di dalam dirinya. Masih human sebenarnya Fariz ini…Tapi aku masih tidak menggemari wataknya..hahaha (bias okay..)

Entry ini ditulis lebih kurang sejam sebelum ending iaitu pada pukul 9.15 malam. Aku tak tau apa kesudahannya. Aku cuma boleh berimaginasi mungkin Amran mahu membunuh Azizah kerana mereka tidak boleh bersama, dan mungkin juga Azizah dengan terang- terang mengatakan tidak boleh menerima Amran kembali( sambil memangku Fariz yang dah terkulai mati..hek2)atau mungkin Amran berjalan ke tengah jalan selepas mendengar luahan hati Azizah yang sanggup mati untuk Fariz dan mahu membunuh diri….cahaya menerangi wajah Amran dan, kebabom..!! berserta jeritan Azizah memanggil Amran. ..
Walau apa pun endingnya, Aku mengharapkan ending yang best kerana cerita ini merupakan cerita yang dapat buat aku hooked after Kekasihku seru.

Edit selepas jam 11 malam : terlampau rushing..predictable but worthy. Boleh dimaafkan kerana nampak sangat production nak habiskan dalam masa yang telah ditetapkan.

1 comments:

Unknown said...

motip sgt untuk entri melahar watak iqram...mak suke membacanya...hahahah!!!!