Sunday, January 10, 2010

AJL = Amik Je La..kata farid..upss

AJL kali ini lebih santai kerana tak terikat dengan kategori-kategori yang kadang-kadang nampak cam tangkap muat..haha..bila kesemua lagu popular digabungkan sekali dan ditambah dengan production team yang hebat hasilnya adalah seperti sebuah konsert!

Aku lega kerana mengikut kata ati yang degil tuk pergi juga ke bukit Jalil semalam. Sebenarnya dari pagi lagi aku dah sakit kepala dan sakit2 badan tetapi gigih juga ni nak pergi kerana tidak mahu terlepas peluang tengok. The last time aku berkunjung ke bukit jalil adalah untuk AE’03 dan selepas itu aku tak mau pegi dah.WHY?apa reason yang boleh membuatkan kita dah x mau berkunjung ke satu tempat dah selain daripada kehazaabaaannn performancenya..hehe

Tempat duduk aku boleh dikatakan strategik kerana aku boleh melihat stage dengan jelas dan juga tempat kawalan. Di samping aku menghayati persembahan, aku suka melihat bagaimana production ini berjalan. Terimbas kembali ketika buat MCP dulu apabila aku tengok isyarat tangan FM tuk Ally dan FBI supaya extand kerana setup tuk aizat belum siap. Maka bebellah mereka tentang lagu pergi tu..hehe. Aku pulak yang tiba-tiba merasa resah apabila sudah semakin tiba masa tuk LIVE. Terasa seperti beban itu aku yang pikul. Juga bila tengok krew-krew dorang berlari-lari tuk memastikan event berjalan lancar.fuh nostalgia!haha


Dan naluri fangirl aku smpat meninjau-ninjau keadaaan dalam stadium itu apabila mendengar arena itu boleh memuatkan 15,000 penonton. Aku cuba imagine bagaimana moving stage boleh digerakkan di dalam kawasan itu kerana kawasan bawah agak sempit.terfikir plak aku nnt blum smpat ditolak dh tersangkut. aku berimaginasi menonton konsert arashi dari tempat aku duduk..haha.

Favorite aku malam tu adalah gabungan antara Nabil,angah dan Sharifah Shahira.walaupun dorang kuar time iklan je tuk mengomen dan merapu tapi memang klaka gila smpaikan bila melihat persembahan dari hujan,aku bisik kat akak aku “ni mesti nnt ada modal tuk Nabil tu mengodem..” Nabil nye highlight malam tu adalah kategori-kategori yang boleh masuk AJL nnt dan juga bila dia try hypekan arena “ala nyesal aku peluk awek aku” bila hanya ada enam orang je tepuk..haha. Sampai aku rasa dorang dah overshadow MC utama kerana walaupun Ally,FBI dan Cheryl pun best,tapi gabungan mereka bertiga lagi buat aku tersengih.

Opening dari CT dan Lan memang superb!dan personally aku lagi teringat2 persembahan diorang daripada finalis-finalis AJL. Tapi aku tak tahan bila aku melihat krew-krew berkerumun macam semut mengangkat bakul CT apabila dia turun..hehe..

Di antara persembahan yang suka adalah situasi dari Bunkface. Memang berbeza apabila mendengar band secara live.Muziknya teradun rapi berbanding apabila mendengar di tv yang selalunya sumbang. Dan bunkface selalu kedengaran sumbang..haha.

Bunkface juga adalah artis pertama yang dapat standing ovation dari audiens malam tu. Artis2 lain juga ada tapi aku x mahu mengelarkan dua, tiga orang yang berdiri tuk mengangkat banner sebagai standing ovation.get it? Mereka menghypekan malam itu dan makes me wonder kenapa mereka tidak diberikan persembahan terbaik berbanding dengan Aizat yang membawakan budak-budak sekolah menari,menarik tetapi too common. Bila aku melihat kembali persembahan dorang,rasanya aku faham kerana dari tv kehypean itu x nampak. Aku rasa juri-juri nilai melalui tv..huh.

Persembahan Akim dan Stacy memang aku tunggu. Stacy memang menang sorak apabila belum buat persembahan lagi,arena dah bergema dengan sorakan. Kalau juri mengadili berdasarkan itu, Stacy dah leh menang gelaran dan vocal.hehe. tarian memang energetic dan best.

Aku teruja dengan persembahan Akim. Nampak effort dia yang bersungguh mahu membuat persembahan terbaik. Aku x dengar sebarang sumbang sepanjang persembahan dan even akak aku approve haha.. And I like his clothes walaupun kak yan kata Edward scissorhand..hahaks. terdapat banyak pose-pose yang tak sempat ditangkap oleh kamera di dalam tv dan ia membuatkan aku bersyukur kerana aku berada di sana. And when it’s over, I felt sad coz no more akim.

one of the pose yg smpt kamera capture..haluihh sangat eiih

And lastly tak lengkap tanpa bencinta!pejal tahir yang bertongkat. Seriously aku heran gak nape dia x dapat persembahan terbaik kalau bukan bunkface kerana mesej yang dibawakan sangat subteks.hitam dan putih, mewakili ego dan super ego. Kejahatan dan kebaikan. Ataupun kalau yang tu dorang x nampak, tongkat dia cukuplah tuk bagi keunikan ..hihi.and what the hell with 3rd place?Dan sebenarnya caras pejal tahir?huh! dan lawak dari Nabil yang epic “ eh,tadi persembahan pejal tahir tu tuk nyamuk aedes ke?hitam putih?”hahahakksss…!

Aku tak tunggu lama tuk result kerana habis je Nabil berleter aku trus chow kerana akak aku dah rindu ngan anak dia..huhu. result emm quite not predictable kerana aku jangkakan bencinta akan menang tapi aku x benci dengan Pergi. But vocal tuk Black?baik bagi Lan yang tak masuk tu sebab lebih original.

politik ooohh politikkk...huh..renung2kan

1 comments:

eMeraLD aMuLeT said...

haha, aku menyampah banget FT dpt numb 3?? cam tka logik langsung.. yuna yg nyanyi tak bukak mulut tu bole pulak dpt numb 2.. meyampahnye akuuu.. ade lak number2 cam petandingan kat skolah rendah.. cam tak pektikel aku rasa..igt ni petandingan budak2 atau realiti tv kaa??main number2 bagai.. macam anugerah skrin, ade ke, filem terbaik number 2?? ish ish.. sume yg betanding, bole dikatakan artis profesional, kasi yg terbaik sudah la.. ini, ade pulak rate dia, menyampash aku tgk pemenang2 tu.. cam tak besh sgt.. faizal tahir nye suara lagi besh dari black, pesembahan faizal lagi menarik n hebat dari Aizat.. wtf dorang yg dpt.. aku makin BENGANG bila mikirkan nya...
salam bengang..