Friday, January 8, 2010

sekali cukuplaaa

Pernah tengok satu cerita yang memang kita suka jalan cerita,pelakon dan apa saja yang berkaitan dengan cerita itu yang tidak akan kita labelkan sebagai bad film/drama tetapi ada sesuatu padanya yang membuatkan kita tidak boleh menontonnya lagi even buat kali yang kedua sekali pun?(fuhh..panjang btul..lelah..lelahh). aku ada pengalaman itu dan aku yakin setiap orang pun mesti ada barang sekali dua .

The Quiz show golden - starring Sho Sakurai. Cite ni mengisahkan tentang Kamiyama Satoru yang kehilangan ingatan dan secara misterinya telah dibawa masuk ke dalam sebuah rancangan dan menjadi Hos. Orang yang bertanggungjawap membawanya ialah Honma, director bagi kuiz show itu yang juga mempunyai kaitan dengan masa lampau kamiyama atau lebih glamor dengan nama MC Kamiyama..hehe

Cite ni walaupun pada pertengahan sedikit meleret tetapi aku excited nak tau tentang masa silam Kamiyama dan apa connection dia ngan peserta-peserta serta produser n Honma. Dan yang paling annoying sekali si Misaaaakiiii tuu..haha..seriously..who is she? Better google immediately after this..haha

Dan apa yang membuatkan aku tidak boleh menonton kembali cite ini adalah selepas aku terkejut dan tidak boleh menerima reason yang menyebabkan ia terjadi. Bukannya the main reason atau twist itu yang menyebabkan aku terluka(wahhh..) tetapi the other reason yang mana manusia akan lakukan samada secara di bawah sedar mahupun mengikut naluri apabila dikecewakan.

Dragon Zakura – cite pasal sekolah tetapi berbeza dengan Gokusen atau GTO atau yang sewaktu dengannya. Cite ni lebih bersifat academic apabila cikgu ni bersungguh-sungguh nak suruh the most dummies in school tu masuk Todai..(keio x nak?hehe)…mula2 tengok cite ni aku biasa je tapi selepas tu aku mula addict nak tau sambungan dia dan seterusnya..seriously best.
Tetapi apa yang membuatkan jiwa ini tersentap..(haks.) adalah apabila endingnya digarap sedemikian rupa. Aku x boleh menerima what was her name again si masami tu apabila karakternya dikembangkan sebegitu.seriously aku x suka cite mengenai impian dan setelah bersusah payah bagai, x jadi. Bukan disebabkan aku concern pada watak utama itu tapi aku kesiankan orang2 di sekeliling dia yang mungkin menaruh harapan dan usaha-usaha sebelum ini yang tidak berbalas. Ooohh and thanks to this drama aku x leh tgk dah cite2 masami pas2..haha

Tatta hitotsu – cite cinta dua darjat versi jepun.Kame dan Ayase nampak cam pelik bersama tapi apa yang best pada cite ini adalah mood sepanjang drama yang ditonjolkan. Kesedihan yang dipamerkan melalui monolog Kame serta scene-scene yang buat kita rasa cinta itu indahh..hahaha.


apa yang buat aku x dapat tengok atau secara tepatnya ati aku x bleh tgk dah boleh aku copy and paste je ayat tentang Sassy Girl.Cuma bezanyaa sampai sekarang kalau ada apa2 term cinematoghraphy yang aku x ingat aku belajar, kawan aku akan cakap “oo..time ni pmpuan tu mati ee..” kalau aku kerut muka x ingat.

Sassy girl chun hyang- cite Korean pertama dan last dalam entry nie..hehe..1st cite korea yang aku tgk selepas zaman autumn in my Heart..cite yang buat aku bengkak mata g kelas.this story is damn good tapi apa yang membuatkan ia termasuk di dalam golongan ini adalah disebabkan setiap kali aku nak tgk balik, aku akan terfikir kesan dan akibat serta effect yang akan membelenggu aku berharian selepas aku tengok..haha


Koizora – okay. Cite ni special skit sebab ia nya bukanlah cite yang aku suka malah aku rasa tak best pun cite ni. Tapi ia masuk juga dalam kategori ini kerana aku memang x bleh tgk dah cite ni malah tak terasa langsung nak tgk blik. Tapi disebabkan popularitinya vasttt gilerr buat aku tengok.

Sebab apa aku x leh tgk dah cite ni sbb aku memang dah muktamadkan ati kata cite ni x best dan kalau aku tgk balik aku takut tersuka..haha..bleh gitu alasan?

1 comments:

ryann said...

hmm...menarik